Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Kalau kau nampak perempuan ni ada dalam rumah kau, abaikan dia (Cerita Hantu)

Kelibat perempuan ni mula muncul dalam rumah kami pada bulan Disember tahun 1999. Aku masih ingat lagi, pada waktu tu ayah aku panggil aku datang ke dapur. Aku ingatkan ayah nak ajak aku makan malam. Tapi bila sampai ke dapur aku nampak ayah berdiri je, tak jamah makanan pun. Namun, apabila aku nampak raut muka ayah yang kelihatan panik, aku tau ada sesuatu yang tak kena. “Ayah nak kamu dengar betul-betul” kata ayah. Hati aku mula berdebar-debar apabila ayah meneruskan kata-kata dia. “Jangan tengok tempat lain, pandang ayah. Selepas ni kamu akan perasan macam ada orang lain dalam rumah kita...kamu kena abaikan perempuan tu. Buat-buat tak nampak je” Aku hampir-hampir nak ketawa dengar ayah tiba-tiba cakap macam tu. Aku yang hanya berusia 12 tahun ketika itu menyangkakan yang ayah cuba bergurau dengan aku. Sebelum aku sempat nak cakap apa-apa pada ayah, ayah berkata lagi “Dia akan berbisik pada kamu, ikut kamu dan buat macam-macam perkara untuk tarik perhatian kamu. Bukan senang nak abai