Langkau ke kandungan utama

Tentang Saya

Hai, saya adalah blogger yang menyiarkan kisah-kisah seram rekaan untuk tujuan hiburan bagi para pembaca yang gemar membaca cerita-cerita seram.

Kesemua cerita yang dipaparkan didalam blog ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Saya berharap para pembaca sekalian akan terhibur.

Kalau anda sukakan bahan bacaan macam ni, jangan lupa untuk like page saya di Facebook.

Catatan popular daripada blog ini

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d...

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la...

Gadis yang sentiasa memakai baju pengantin

Jenny ialah seorang gadis yang tinggal diseberang jalan dengan rumah aku. Aku dengan Jenny tak lah rapat sangat memandangkan usia kami 5 tahun jaraknya. Tapi mak ayah Jenny dan mak ayah aku berkawan rapat. Malah, tak silap aku Jenny jugalah yang tolong “babysit” aku masa aku kecil-kecil dulu. Bila mak aku dapat tahu yang Jenny nak bertunang, mak suruh aku pergi ke rumah Jenny untuk tolong apa yang patut. Aku pun pergi lah, tapi sebenarnya aku lebih banyak luang masa bersembang je kat sana. Masa tengah sembang-sembang tu, Jenny bagitau aku yang dia dan bakal suami dia pernah buat perjanjian guna darah. Terkejut aku. “Siapa antara kami yang mati dulu, dia kena datang dan ambil yang masih hidup” Jenny cakap pada aku sambil membelek-belek cincin pertunangan dia. Cuak aku dengar. “Akak tak rasa macam dramatik sangat ke sumpah setia korang tu? Macam mana kalau korang bercerai dan kahwin dengan orang lain?” “Tak akan punya. Kami teman sejiwa” Jenny bertegas pada aku. Perangai naif Jenny buat ...