Kelibat perempuan ni mula muncul dalam rumah kami pada bulan Disember tahun 1999. Aku masih ingat lagi, pada waktu tu ayah aku panggil aku datang ke dapur. Aku ingatkan ayah nak ajak aku makan malam. Tapi bila sampai ke dapur aku nampak ayah berdiri je, tak jamah makanan pun.
Namun, apabila aku nampak raut muka ayah yang kelihatan panik, aku tau ada sesuatu yang tak kena.
“Ayah nak kamu dengar betul-betul” kata ayah. Hati aku mula berdebar-debar apabila ayah meneruskan kata-kata dia. “Jangan tengok tempat lain, pandang ayah. Selepas ni kamu akan perasan macam ada orang lain dalam rumah kita...kamu kena abaikan perempuan tu. Buat-buat tak nampak je”
Aku hampir-hampir nak ketawa dengar ayah tiba-tiba cakap macam tu. Aku yang hanya berusia 12 tahun ketika itu menyangkakan yang ayah cuba bergurau dengan aku. Sebelum aku sempat nak cakap apa-apa pada ayah, ayah berkata lagi
“Dia akan berbisik pada kamu, ikut kamu dan buat macam-macam perkara untuk tarik perhatian kamu. Bukan senang nak abaikan dia, tapi walau apa pun yang terjadi, kami jangan sekali-kali berinteraksi dengan dia.”
“Kalau kamu abaikan dia dan pura-pura tak nampak, lama kelamaan dia akan pergi dari sini. Janji dengan ayah yang kamu tak akan perdulikan perempuan tu”
Dalam keadaan sekarang, ada banyak soalan yang bermain di fikiran aku. Aku terlalu takut dan keliru. Namun, aku tetap berkata “Baik, ayah”
“Bagus. Sekarang jom kita makan. Ayah dah buat dia jadi lebih kuat bila ayah bagitau kamu dengan mak kamu pasal kehadiran dia. Tapi ayah terpaksa. Ayah tak mahu kamu atau mak kamu tertegur dia secara tak sengaja”
Aku buat seperti mana yang ayah pesan. Sepanjang kami berjalan masuk ke dapur. Mata aku cuma pada ayah je sambil ikut dia dari belakang. Tiba-tiba, aku terhidu sesuatu. Bau yang sangat busuk macam bau bangkai kucing.
Aku rasa ayah pun perasan juga bau tu cuma dia buat-buat tak tau je. Jadi aku, ayah dan ibu aku teruskan makan malam macam biasa. Sepanjang kami makan, mata kami banyak tertumpu pada makanan sahaja. Aku juga perasan yang ibu seolah-olah menahan diri dari menangis sepanjang kami makan.
Aku kekal fokus kepada makanan dan ahli keluarga aku. Tapi dalam masa yang sama aku juga perasan dari tepi pandangan mata aku yang seolah-olah ada seorang wanita yang sedang berdiri sambil memandang ke arah kami sekeluarga.
Yang aku perasan, kulit wanita itu sangat pucat dan kelabu, rambutnya panjang dan hampir menutupi wajahnya manakala mata wanita itu pula hitam sepenuhnya. Namun, aku tak berani nak toleh untuk melihat wanita itu dengan lebih jelas. Sebab aku ingat pesan ayah, abaikan dia dan pura-pura tak nampak.
Seolah-olah tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa-apa reaksi dari kami, wanita itu datang ke arah kami sekeluarga secara perlahan-lahan. Kami semua tahu dia datang ke arah kami tapi kami mesti pura-pura macam tak ada apa-apa berlaku.
Wanita itu berdiri di belakang aku yang tengah duduk menjamah makanan ketika itu. Dia kemudiannya meletakkan kepalanya di atas bahu aku sambil memandang ke arah aku. Bau busuk membuatkan aku rasa macam nak muntah.
Ayah pegang tangan aku kuat-kuat untuk mengelakkan aku dari hilang kawalan diri. Kami masih lagi bertahan dan berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Aku habiskan makanan dalam keadaan benda tu menyandarkan kepala dia di bahu aku. Kadang-kadang ada juga aku perasan seolah-olah benda tu cuba bisik kan sesuatu pada aku, tapi aku tak dengar apa dia bisik, aku cuma dengar bunyi macam dia menghembuskan nafas je.
Dan benda tu cuma angkat kepala dia lepas aku dah habis makan.
Macam tu lah kehidupan kami sekeluarga untuk 6 bulan seterusnya - Mencuba sedaya upaya kami untuk pura-pura tak nampak kehadiran wanita itu dalam rumah kami.
Malah, sewaktu kami sekeluarga keluar dari rumah sekalipun. Benda itu tetap mengikut kami. Kadang-kadang, sewaktu kami sekeluarga naik kereta untuk pergi membeli-belah atau kemana-mana, kami perasan yang benda itu ada di tepi jalan. Kadang-kadang kami juga nampak dia melalui side mirror kereta.
Disebabkan perkara ini, ayah dan ibu tak benarkan kami ajak kawan datang rumah. Malah kami sendiri pun dah lama tak pergi ke rumah saudara mara.
Lama kelamaan, perasaan ingin tahu mula menebal dalam diri aku. Aku nak tahu juga apa benda sebenarnya yang tengah menghantui keluarga kami sekarang ni. Dan sampai bila kami nak hidup macam ni.
Tapi aku tak boleh nak bincang pasal benda ni terang-terangan dengan ayah aku sebab nanti pasti benda ni akan tau yang kami perasan akan kehadiran dia. Jadi, apa aku buat, aku tulis nota kepada ayah aku yang aku mahukan penjelasan. Aku bagi nota tu pada ayah senyap-senyap.
Ayah aku balas nota yang aku tulis. Dan pada waktu itu barulah aku tau yang rupanya semua ini berpunca dari ayah aku
Menurut nota yang ditulis oleh ayah aku. Mahluk yang menyerupai mayat wanita ini mula mengikuti makcik aku sewaktu mereka kecil. Kejadian itu berlaku pada awal tahun 70an. Waktu itu ayah aku, makcik aku serta datuk dan nenek aku berkelah di satu kawasan air terjun.
Makcik aku ternampak perempuan ni berdiri di atas puncak air terjun itu. Makcik aku ni masa kecil dulu dia peramah, jadi dia lambai tangan dia pada mahluk tu. Maka pada malam itu apabila mereka balik kerumah, mereka perasan yang perempuan itu ada dalam rumah mereka.
Tapi mujurlah datuk aku ni banyak pengetahuan tentang mahluk-mahluk ghaib. Datuk pesan pada mereka supaya pura-pura tak nampak dan jangan fikir langsung pasal benda ni. Bila dia tak dapat perhatian, dia akan pergi dengan sendiri. Ini kerana menurut datuk aku, mahluk ni suka pada orang yang beri perhatian kepada dia.
Mahluk ini juga cuma boleh mengikut sebuah keluarga sahaja dalam satu-satu masa. Dan biasanya, orang luar yang bukan ahli keluarga sasaran mahluk ni tak boleh nampak dia.
Setelah 9 bulan ayah, makcik, datuk dan nenek aku mengabaikan dia, mahluk itu hilang dengan sendiri nya. Namun, pada awal Disember 1999 entah kenapa ayah aku asyik teringat kembali tentang mahluk ni, sekaligus menyebabkan dia datang semula mengganggu ayah berserta kami sekali.
Namun, segalanya berubah setelah masuk bulan ke 7 mahluk ini mengganggu hidup kami. Pada waktu itu, kami baru selesai makan malam dan ibu mengambil keputusan untuk masuk tidur awal kerana seharian penat bekerja.
Apabila ibu masuk ke bilik, benda itu tengah duduk betul-betul di tengah katil. Ibu dah tak dapat nak bertahan lagi dan mula menjerit. Dari dapur, aku dan ayah dapat dengar ibu menjerit dan memaki mahluk itu. Ibu suruh dia berambus dan jangan ganggu kami.
Aku dan ayah berlari ke bilik untuk tengok keadaan ibu aku.
Bila kami sampai ke bilik, aku perasan yang benda tu tengah berdiri di tepi tingkap tapi ibu aku dah tak ada. Hilang macam tu je. Aku dan ayah pergi buat laporan polis tentang kehilangan ibu, tapi siasat polis menemui jalan buntu.
Sebulan selepas kehilangan ibu, benda tu berdiri di tepi katil aku sewaktu aku cuba untuk tidur. Dia berbisik pada aku mengatakan yang dia boleh bagi tau ibu aku dimana. Aku cuma perlu pandang dia dan tanya. Tapi aku tak terpedaya.
Selepas kehilangan ibu, aku dan ayah aku betul-betul tak ambil peduli langsung pasal mahluk itu. Kami buat tak tau je sehinggalah 9 bulan selepas kehilangan ibu aku, mahluk itu pergi dan hilang dengan sendiri.
Itu kisah aku waktu kecil la. Sekarang aku dah dewasa. Dah ada isteri dan seorang anak dah. Ayah aku pula baru je meninggal minggu lepas.
Waktu aku tengah belek-belek barang peninggalan arwah ayah, aku terjumpa gambar ibu aku yang hilang. Yang menyebabkan aku teringat-ingat pasal mahluk perempuan ni.
Malam semalam pula, aku perasan yang mahluk perempuan ni dah mula muncul dalam rumah aku. Mungkin dia datang semula sebab aku teringat dan terbayangkan mahluk tu lepas tengok gambar ibu aku.
Tapi mahluk tu kan cuma boleh menghantui sebuah keluarga sahaja dalam satu-satu masa
Sebab tu lah aku tulis cerita ni.
Sebab aku nak KAU YANG BAYANGKAN PASAL MAHLUK NI…
Aku nak kau bayangkan kulit dia yang pucat berwarna kelabu, mata dia yang hitam sepenuhnya dan rambut dia yang panjang menutup separuh wajah. Aku nak kau bayangkan yang dia tengah pandang ke arah kau sekarang.
Supaya mahluk perempuan tu akan pergi ke rumah kau dan berambus dari rumah aku...
Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la...
Ulasan
Catat Ulasan