Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Suamiku dan anak gantian kami

Ini bukannya Liza, anak aku Itu je yang terlintas di fikiran aku “Kenapa sayang?” suami aku tanya “semua ok ke?” “Siapa ni, bang?” aku bertanya. Didepan aku sekarang ialah seorang budak perempuan yang aku tak pernah jumpa pun sebelum ni, tapi budak tu pakai baju anak aku. Suami aku pandang aku dengan wajah simpati. Budak tu pun pandang aku juga, dengan wajah yang ketakutan. “Apa maksud sayang?” suami aku tanya “sayang ok tak ni?” Kenapa suami aku seolah-olah cuba mengelak soalan aku? Aku bertanya dalam hati. Tapi dalam masa yang sama aku cuba untuk bertenang. “Sayang akan Ok kalau abang bagi tau mana Liza, anak kita” - aku cakap pada suami aku. Suami aku mengeluh. Budak perempuan tu pula sekarang nampak macam tengah tahan air mata dari mengalir. Suami aku tunduk dan pegang bahu budak tu lalu berbisik pada dia. “Pergi masuk bilik, nak. Ibu kamu tak sihat sikit” Budak tu terus ikut apa yang suami aku suruh tanpa apa-apa bantahan. Dia lalu melintasi aku dan terus pergi ke bilik dia. Lepas

Hantu bawah katil

Nama aku Diana, aku anak tunggal dan tinggal dengan mak ayah aku. Rumah aku ni biasa-biasa je, teres lot tepi dua tingkat. Bilik aku tingkat atas. Sejak kecil lagi aku memang ada perasaan seolah-olah yang bawah katil aku ni ada hantu, tapi aku tak sangka yang perasaan aku selama ni betul..  Waktu tu aku tengah baring seorang-seorang dalam bilik, tiba-tiba aku dengar suara garau datang dari bawah katil aku. “Hey” bunyi suara tu. Mula-mula aku buat tak tau je. Sebab aku ingatkan aku salah dengar. “Hey budak” suara tu panggil lagi sekali Kali ni aku serta merta terus menyorok dalam selimut. “Siapa kau?” aku beranikan diri bertanya. “Aku la hantu yang menyorok kat bawah katil kau” suara tu balas “Maksud kau, selama ni memang betul ada hantu bawah katil aku?” aku tanya sekali lagi “Apa yang kau cakap ni? Mestilah aku ada” hantu tu cakap “Apa nama kau?” - apa punya soalan la aku tanya. Dalam keadaan cuak macam ni aku memang tak boleh nak berfikir. “Bidin” - Hantu tu balas “Bidin???” XD “Apsa

Mak mertua letak racun dalam makanan aku, rupanya ini sebabnya

Semua orang ada pengalaman sendiri dengan mertua masing-masing. Macam tu juga dengan aku. Ini kisah tentang mak mertua aku yang telah meletakkan racun dalam makanan aku, tapi bukan itu yang mengerikan, yang mengerikan aku ialah sebab mak mertua aku buat macam tu. Aku berkenalan dengan suami aku semasa aku travel ke negara matahari terbit. Mungkin kerana pertemuan kami di negara orang membuatkan hubungan kami bertambah rapat dan kami betul-betul saling jatuh cinta. Perkahwinan kami diadakan dengan serba ringkas dan sangat pantas. Bertemu dan bercinta dua bulan, suami aku berjumpa keluarga aku dan kami terus nekad untuk bernikah 2 minggu kemudian. Selepas berkahwin, kami menyewa sebuah rumah yang terletak lebih kurang 30 minit dari rumah mertua aku. Tapi aku jarang dapat meluangkan masa untuk berjumpa mertua sebab aku betul-betul sibuk dengan kerja. Lebih kurang 8 bulan selepas perkahwinan kami. Aku bertekad untuk free kan jadual waktu aku untuk berjumpa mak mertua aku. Yelah, aku rasa b

Gadis yang sentiasa memakai baju pengantin

Jenny ialah seorang gadis yang tinggal diseberang jalan dengan rumah aku. Aku dengan Jenny tak lah rapat sangat memandangkan usia kami 5 tahun jaraknya. Tapi mak ayah Jenny dan mak ayah aku berkawan rapat. Malah, tak silap aku Jenny jugalah yang tolong “babysit” aku masa aku kecil-kecil dulu. Bila mak aku dapat tahu yang Jenny nak bertunang, mak suruh aku pergi ke rumah Jenny untuk tolong apa yang patut. Aku pun pergi lah, tapi sebenarnya aku lebih banyak luang masa bersembang je kat sana. Masa tengah sembang-sembang tu, Jenny bagitau aku yang dia dan bakal suami dia pernah buat perjanjian guna darah. Terkejut aku. “Siapa antara kami yang mati dulu, dia kena datang dan ambil yang masih hidup” Jenny cakap pada aku sambil membelek-belek cincin pertunangan dia. Cuak aku dengar. “Akak tak rasa macam dramatik sangat ke sumpah setia korang tu? Macam mana kalau korang bercerai dan kahwin dengan orang lain?” “Tak akan punya. Kami teman sejiwa” Jenny bertegas pada aku. Perangai naif Jenny buat

Wanita yang menjual sebalang kegembiraan

Cukup jelas tulisan di poster itu “Sebalang kegembiraan untuk dijual. Hubungi saya sekarang!” Dan dibawah tulisan itu pula ada satu nombor telefeon untuk dihubungi. Poster iklan tu ditampal pada satu public phone lama yang dah rosak. Aku nampak poster iklan tu masa dalam perjalanan balik ke rumah lepas seharian penat bekerja. Lepas aku baca apa yang iklan tu tulis, aku snap satu gambar poster tu guna smartphone aku sebab aku rancang nak tunjuk poster tu pada isteri aku bila aku sampai rumah nanti. Sebab aku rasa kelakar, sebalang kegembiraan untuk dijual? Kih kih kih Tapi, bila aku sampai rumah, aku lupa. Aku habiskan waktu aku kat rumah buat kerja-kerja rumah pula. Basuh baju, ajar anak buat kerja sekolah, tidurkan anak, gosok baju dan macam-macam lagi la sampai aku tak ingat langsung pasal poster tu tadi. Tiap-tiap malam rutin aku macam tu.. Esok paginya pula, pun macam biasa juga. Aku bangun tidur dan aku nampak isteri aku masih lagi tidur kat sebelah. Aku memang selalu bangun dulu

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la