Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Tempat kerja baru aku yang pelik

Rakan sekerja aku di tempat baru ni semua pelik-pelik Aku diterima bekerja di pejabat ni minggu lepas. Pada mulanya, semua macam OK, tapi selepas seminggu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan semua orang di tempat kerja baru aku ni. Pada hari pertama aku masuk kerja, aku tertumpahkan kopi panas, kopi panas tu terkena tangan aku. Tangan aku melecur. Tapi rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku walaupun aku rasa kecederaan aku agak teruk. Pada hari kedua pula, aku kena marah dengan bos sebab PC aku tak boleh hidup. Padahal itu bukan salah aku. Rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku lepas aku kena maki. Selang sehari kemudian, aku tertikam tangan aku sendiri sewaktu membasuh pisau selepas makan tengah hari di pantry pejabat aku. Rakan-rakan sekerja aku yang ada di pantry semua kertawakan aku. Padahal waktu tu kecederaan aku agak serious. Mereka seolah-olah tak peduli langsung pasal aku. Aku mengamuk sebab aku rasa rakan-rakan sekerja aku semua dah melampau dan aku seo

Aku terselamat sebab aku belanja dia makan pizza

Sewaktu aku kecil, aku dibesarkan oleh datuk dan nenek aku. Ayah aku meninggal ketika aku baru lahir dan mak aku pula bekerja siang dan malam sebab nak tampung perbelanjaan membesarkan aku. Kami tinggal di rumah flat tapi kebiasaannya aku tak duduk pun kat flat tu sebab aku lebih suka pergi bermalam di rumah datuk dan nenek aku. Atuk dan nenek aku hidup sederhana sahaja. Bergantung pada duit pencen mereka yang tak banyak dan rumah mereka yang dah habis bayar. Mereka mampu hidup secara sederhana. Tapi kehidupan sederhana mereka jauh lebih mewah dari keadaan aku dan mak aku. Atuk dan nenek tinggal dirumah teres, ada halaman boleh berlari-lari dan masakan nenek pun memang sedap berbanding makanan yang ada dirumah aku sendiri. Sebab itu lah aku biasanya lagi suka ke rumah mereka. Rumah mereka dan rumah aku pun tak jauh. Satu lagi pekara yang aku suka tentang atuk dan nenek aku ialah resepi pizza mereka. Kalau dibandingkan dengan pizza lain, aku rasa pizza masakan nenek aku yang paling seda

Seorang kekasih yang boleh menanggalkan wajahnya

Nana cuma bagitau pasal ni lepas lebih setahun kami bercinta. Waktu tu kami berdua tengah lepak tengok movie kat rumah dia. Aku pun mula la nak ambil kesempatan, aku cuba cium pipi dia tapi Nana tahan muka aku. “Ada sesuatu yang saya nak bagitau pada awak” Nana cakap Bila Nana cakap macam tu aku mula rasa tak sedap hati. Aku risau kalau Nana nak minta putus dengan aku sebab aku betul-betul sayang pada dia. “Okay, cakap la, apa dia?” Aku balas “Sebenarnya, saya boleh tanggal muka saya” Aku tersentak bila Nana cakap macam tu. Biar betul “Awak cakap apa tadi?” aku tanya sambil nak tergelak. Tapi gelak tawa aku tak sempat keluar sebab aku nampak pada wajah Nana langsung tak ada tanda yang dia sedang bergurau. Wajah dia serious. “Saya boleh tanggalkan muka saya” Nana cakap sekali lagi “Maksud awak tanggalkan muka macam mana?” Aku tanya sekali lagi untuk kepastian supaya aku betul-betul faham apa benda yang dia cuba bagitau aku. “Maksud saya muka saya ni boleh ditanggalkan. Macam topeng” Nan

Aku nampak sesuatu yang aneh dalam siaran berita

Aku dan kawan-kawan sekerja aku lepak mamak malam semalam. Walaupun tak nampak bergaya macam lepak kat cafe hipster, tapi kami tetap seronok dapat lepak ramai-ramai kat kedai mamak macam ni. Makanan dan minuman lebih murah, dan jarak mamak ni dengan rumah aku pun tak la jauh sangat. Pada mulanya, semuanya normal sahaja. Aku dengan kawan-kawan aku duduk di meja di kaki lima kedai sebab kami memang suka meja yang open-air dan meja yang kami duduk ni pun kedudukannya membolehkan kami menonton TV dengan jelas. Tak lama selepas makanan dan minuman yang kami order sampai, aney yang bekerja direstoran tu ambil remote TV dan menukar siaran secara berturut-turut untuk mencari siaran yang dia suka. Setelah dua-tiga kali menukar siaran, akhirnya aney itu memilih untuk berhenti dan menonton siaran berita. Dalam siaran berita tersebut, terpapar jelas seorang wartawan sedang membuat laporan berita secara langsung mengenai kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah flat. Pada mulanya aku taklah