Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d

Sesuatu disebalik pintu

Kisah hantu belakang pintu Ketika aku berusia 17 tahun, aku bekerja sebagai seorang pekerja restoran. Restoran tempat aku bekerja ni terletak dikawasan pinggir bandar. Rakan sekerja aku semuanya Ok la walaupun kadang-kadang ada juga timbul isu sikit-sikit. Tapi bagi aku itu semua normal la. Di restoran ni, pintu depannya adalah pintu kaca, dimana pelanggan kami akan masuk melalui pintu ni. Di bahagian dapur di belakang restoran ni pula pintu nya diperbuat daripada besi. Biasanya kami gunakan laluan pintu belakang untuk pergi buang sampah. Sebab tong sompah besar tak jauh pun dari pintu belakang ni, kami biasanya lemparkan je plastik sampah kami dari pintu ke tong sampah besar tu. Kat restoran ni ada 2 orang tukang masak iaitu Hanif, tukang masak shift siang dan Daud, tukang masak shift malam. Aku pula memang kerja ambil order dan jadi cashier je. Satu malam, pelanggan kurang di restoran kami. Boss bagi arahan untuk tutup awal sikit. Dia bagi arahan supaya jangan lupa kunci semua pintu

Aku tinggal di rumah berhantu ketika kecil

Pengalaman rumah berhantu Pada usia 12 tahun, Aku tinggal di rumah paling teruk aku pernah tinggal sepanjang hayat aku. Aku sentiasa rasa ada sesuatu yang misteri tentang rumah tu. Ahli keluarga aku pula, aku rasa mereka macam orang gila sepanjang masa kami tinggal dirumah itu. Pada suatu hari, ibu aku dapat cuti daripada majikan dia. Semua ahli keluarga yang lain pergi ke sekolah atau bekerja pada hari itu. Waktu itu, ibu aku sedang duduk dibilik dia bila tiba-tiba dia dengar satu suara datang dari arah bilik aku. “Hey, ibu. Mari lah sini” kata suara tu. Ibu aku pun bangun untuk pergi ke bilik aku, tapi ketika dia hendak keluar dari bilik dia, dia nampak satu cahaya melintas didepan pintu bilik dia menuju kearah bilik aku. Selain itu, pernah juga berlaku satu kejadian dimana adik aku yang berusia tujuh tahun telah mengunci dirinya sendiri didalam tandas. Selepas itu, dia menghempas pintu tandas itu sambil menjerit-jerit meminta untuk dilepaskan keluar dari tandas. Kami semua cuba menc

Aku jawab panggilan dari arwah isteriku

Kisah arwah isteri Malam ni cuaca hujan lebat dengan guruh sambung-menyambung. Aku tak pernah nampak hujan lebat sampai macam ni sekali. Aku tengah sibuk memikirkan apa nak buat bagi hilangkan bosan apabila telefon bimbit aku tiba-tiba berbunyi, nombor yang call aku tu nampak macam nombor telefon pejabat. Sebenarnya aku syak orang yang call aku ni scammer. Tapi sebab hari ni aku bosan gila, aku angkat juga telefon aku. Aku rancang nak kenakan balik scammer ni. Diorang ingat diorang pandai sangat. Isteri aku terbunuh ketika rumah kami dirompak 5 tahun lalu. Aku tak sedar ada perompak masuk ke rumah, isteri aku yang perasan. Bila perompak tu nampak isteri aku dia terus tikam. Perompak tu berjaya di tangkap dan dikenakan penjara seumur hidup. Sampai sekarang dia masih meringkuk dalam penjara. Sejak peristiwa hitam itu aku mula berkerja sebagai pembangun laman web. Kerja aku membolehkan aku untuk bekerja dari rumah je. Malah sejak peristiwa itu aku pun dah tak ramai kawan. Nak melepak maca