Langkau ke kandungan utama

Gadis yang sentiasa memakai baju pengantin

Meremang bulu roma

Jenny ialah seorang gadis yang tinggal diseberang jalan dengan rumah aku. Aku dengan Jenny tak lah rapat sangat memandangkan usia kami 5 tahun jaraknya. Tapi mak ayah Jenny dan mak ayah aku berkawan rapat. Malah, tak silap aku Jenny jugalah yang tolong “babysit” aku masa aku kecil-kecil dulu.

Bila mak aku dapat tahu yang Jenny nak bertunang, mak suruh aku pergi ke rumah Jenny untuk tolong apa yang patut. Aku pun pergi lah, tapi sebenarnya aku lebih banyak luang masa bersembang je kat sana.

Masa tengah sembang-sembang tu, Jenny bagitau aku yang dia dan bakal suami dia pernah buat perjanjian guna darah. Terkejut aku.

“Siapa antara kami yang mati dulu, dia kena datang dan ambil yang masih hidup” Jenny cakap pada aku sambil membelek-belek cincin pertunangan dia. Cuak aku dengar.

“Akak tak rasa macam dramatik sangat ke sumpah setia korang tu? Macam mana kalau korang bercerai dan kahwin dengan orang lain?”

“Tak akan punya. Kami teman sejiwa” Jenny bertegas pada aku. Perangai naif Jenny buat dia nampak comel tapi aku rasa macam tak matang untuk gadis seusia Jenny befikiran macam tu.

Aku tak cakap apa-apa lagi dah pasal ni lepas tu. Tapi Jenny tak habis-habis bercerita pasal bakal suami dia. Danny mesti suka ini, Danny mesti suka itu, aku berharap betul Danny ada kat sini dan macam-macam lagi dia cakap semua pasal Danny. Memang angau betul.

Tak lama kemudian kawan-kawan Jenny pun datang. AKu dan Jenny lepak ramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Masa ni la Jenny cakap pada kitorang yang dia percaya lepas dia mati dia boleh datang dan ambil suami dia untuk ikut dia sekali.

“Selalunya kita dah tak kenal dengan orang yang kita tinggalkan” Jenny bercerita “tapi sebab kami dah bersumpah guna darah, kami boleh ingat”

“Apa jadi lepas kau datang untuk ambil suami kau?” Aku sengaja melayan cerita Jenny walaupun dalam hati aku rasa mengarut betul cerita dia ni.

Seram sejuk

“Kami akan tumbuh sayap, macam pari-pari dalam cerita dongeng” Jenny kata

Walaupun bunyinya mengarut gila tapi kami semua tertarik mendengar cerita dongeng Jenny.

Sejak hari pertunangan Jenny tu, aku kerap lepak dengan Jenny sebab aku selalu tolong dia untuk persiapan perkahwinan dia pula.

Disebabkan aku belajar di kolej yang dekat dengan rumah aku, aku tak perlu menyewa macam peljar-pelajar lain. Jadi selalu juga la aku teman kan Jenny pergi cuba baju pengantin, rasa sample kek untuk majlis perkahwinan dia dan lain-lain persiapan.

Lama kelamaan aku mula faham tentang hubungan Jenny dengan bakal suami dia. Rupanya bakal suami Jenny juga mencintai dia sama macam mana Jenny mencintai dia, tah-tah lebih lagi. Sampai aku rasa sweet je couple ni.

Selepas 6 bulan, hari perkahwinan mereka pun tiba

Majlis perkahwinannya sederhana, apa yang penting semua orang yang Jenny anggap penting dalam hidup dia, hadir pada hari itu.

Kecuali bakal suami Jenny…

Bila Jenny tiba ke majlis tu, tetamu mula berbisik sesama mereka sebab pengantin lelaki nya tak sampai-sampai

Tapi Jenny tetap tersenyum sebab dia yakin yang bakal suami dia tak akan sesekali tinggalkan dia. Kawan-kawan Jenny dah mula call sana-sini untuk tanya apa dah jadi dan kat mana pengantin lelaki sekarang.

Tak lama kemudian, salah seorang kawan Jenny dapat berita tentang pengantin lelaki yang ditunggu-tunggu

Rupa-rupanya kereta yang dipandu pengantin lelaki telah melanggar lampu merah dan bertembung dengan sebuah lagi kereta lain. Pengantin lelaki itu disahkan mati serta merta.

Ini ialah satu tragedi yang sangat dasyat pada emosi Jenny. Selepas peristiwa itu aku dan seorang lagi kawan baik Jenny bergilir-gilir menemani Jenny apabila kedua ibu bapa Jenny keluar bekerja. Kami semua risau akan keadaan dan perasaan Jenny pada ketika itu.

Aku cuba sedaya upaya aku sebagai seorang rakan dan jiran, tapi Jenny seolah-olah tak lagi berada didunia ni. Jasad di sini tapi fikiran Jenny tah kemana. Jenny seolah-olah hidup dalam dilusi.

Aku tak pernah nampak orang yang tertekan sampai tahap macam ni sekali. Jenny enggan menanggalkan baju pengantin yang dia pakai pada hari peristiwa malang itu berlaku. Setiap hari dia akan tunggu ditingkap dengan harapan bakal suaminya itu akan datang. Setiap malam pula dia akan menangis sebab terlalu rindu.

Jenny percaya bakal suaminya itu akan tunaikan perjanjian berdarah mereka dan datang kembali untuk ambil dan bawa dia mati bersama. Memandangkan bakal suami Jenny mati dalam pakaian pengantin ketika kemalangan itu berlaku, Jenny berpendapat yang dia pun patut pakai baju pengantin dia juga bila bakal suami nya yang telah mati itu datang untuk mengambil dia.

Aku dan mak ayah Jenny cuba untuk pujuk dia agar menanggalkan pakaian pengantin yang dia pakai itu. Kami bagitau dia yang dia boleh simpan baju pengantin tu dan pakai semula bila bakal suami dia tu datang untuk ambil dia.

Tapi Jenny tau yang kami sebenarnya tak percaya yang bakal suami dia tu akan datang. Yelah kan, mana boleh orang yang dah meninggal datang untuk ambil dia pergi ke alam lain.

Tak ada yang sampai hati untuk paksa Jenny tanggalkan baju pengantin tu. Dia tidur, makan malah mandi pun pakai baju pengantin tu juga. Memandangkan sekarang ni musim panas terik, baju pengantin tu sampai boleh kering sendiri dalam keadaan jenny masih memakainya.

Baju pengantin yang dulu nya cantik kini dah bertukar macam kain buruk. Tapi Jenny tetap berkeras tak nak tanggalkan baju tu. Jenny dah mula percaya yang jika ditanggalkan baju pengantin tu, bakal suami dia tak akan dapat kenal dia lagi.

Pada satu malam, Jenny beritahu kami yang suami dia dah pernah datang. Dia beritahu yang suami dia dah tumbuh sanyap bagaikan pari-pari dalam cerita dongeng. Tapi suami dia belum dapat bawa dia pergi, sebab sanyap dia masih belum tumbuh lagi.

Dah tentu, tiada siapa pun yang percaya apa yang Jenny beritahu. Sehinggalah satu hari Jenny hilang secara tiba-tiba. Tiada sesiapa pun yang nampak kemana dia pergi, tiada sesiapa pun yang tahu bila Jenny mula hilang.

Didalam bilik Jenny, ibu bapa Jenny telah menemui baju pengantin yang Jenny sentiasa pakai selama ini. Dan pada bahagian belakang baju pengantin yang telah lusuh itu terdapat dua lubang koyak yang kelihatan seolah-olah sepasang sayap telah tumbuh dari badan si pemakainya.

--------

Selepas mereka menemui baju pengantin tu, hampir semua ahli keluarga jenny mulai percaya yang mungkin bakal suami Jenny yang meninggal dalam kemalangan jalan raya itu betul-betul dah datang untuk ambil dia.

Mereka percaya mungkin Jenny betul-betul dah tumbuh sayap bagaikan pari-pari dalam cerita dongeng kanak-kanak kegemaran dia, dah terbang pergi bersama-sama bakal suaminya itu.

Lama-kelamaan ahli keluarga Jenny pun sudah mula menerima ketiadaan Jenny dan mereka pun mula move on dengan kehidupan mereka.

Disebabkan aku rapat dengan Jenny, ada juga yang tanya aku. Aku percaya ke yang Jenny dah tumbuh sayap dan ikut suami dia pergi ke alam lain? Biasanya aku gelak je bila orang tanya macam ni.

mengerikan

Aku tak percaya

Sebab aku yang sorok mayat dia lepas aku jumpa dia dalam keadaan tergantung tak bernyawa dalam bilik dia. Dan aku juga yang koyakkan bahagian belakang baju pengantin yang dia selalu pakai tu bagi nampak seolah-olah dia tumbuh sayap.

Sebab aku rasa keluarga dia akan lebih bahagia kalau diorang fikir yang Jenny tumbuh sayap dan ikut lelaki yang dia cintai ke alam lain. Walaupun hakikat sebenarnya Jenny mati bunuh diri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d