Langkau ke kandungan utama

Kisah pemandu Grabcar

Kisah seram pemandu grab
Pengalaman ngeri pemandu Grab

Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada.

Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu.

Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta.

Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala.

Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua dibelakang tu cuma bercakap sepatah dua sahaja, manakala dua orang budak muda yang duduk bersama orang tua di belakang tu cuma senyum-senyum.

(mereka nak balik ke hotel tempat mereka menginap malam tu)

Bila sampai ke destinasi, aku pun hidupkan lampu dalam kereta supaya semua penumpang boleh nampak kalau-kalau ada barang-barang mereka tertinggal sebelum mereka buka pintu dan turun dari kereta.

Tapi bila lampu dalam kereta dihidupkan aku tengok pada cermin pandang belakang dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di tempat duduk belakang tu dah tak ada.

“Bila masa pula mereka keluar? Pintu kereta pun belum buka lagi?

Aku pun toleh kepada orang tua yang duduk di tempat duduk belakang

“Mana lagi dua orang tadi???” - aku tanya dengan muka penuh kehairanan

“Dua orang apa? Kami la dua orang, saya dengan anak saya yang duduk kerusi depan ni” - orang tua tu jawab. Dia dengan anak dia yang duduk kerusi sebelah aku ni pun pelik tengok aku tanya macam tu.

Aku pun cerita pada mereka yang sepatutnya masa naik kereta ni tadi ada 4 orang termasuk mereka berdua. Lelaki tua tu dengan anak dia pula cakap yang naik tadi cuma mereka berdua sahaja.

Tapi akhirnya lelaki tua tu dengan nada yang berseloroh bertanya macam mana rupa 2 orang budak yang aku nampak tu. Aku pun jelaskan pada dia rupa dua orang penumpang yang hilang tu. Dan pada ketika ini muka lelaki tu berubah.

Menurut lelaki tua itu, dua orang anaknya (adik-adik kepada budak yang duduk di kerusi depan tu) telah mati dalam satu kemalangan jalan raya. Ketika itu lelaki itu sendiri yang memandu kereta dalam keadaan mengantuk.

Dan akibat dari kejadian itu lelaki itu trauma dan tak berani lagi memandu kereta. Pakaian yang mereka pakai ketika kemalangan itu sama dengan pakaian yang 2 orang budak yang ghaib itu pakai.

Malam tu aku balik rumah termenung memikirkan apa sebenarnya berlaku

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la...

Gadis yang sentiasa memakai baju pengantin

Jenny ialah seorang gadis yang tinggal diseberang jalan dengan rumah aku. Aku dengan Jenny tak lah rapat sangat memandangkan usia kami 5 tahun jaraknya. Tapi mak ayah Jenny dan mak ayah aku berkawan rapat. Malah, tak silap aku Jenny jugalah yang tolong “babysit” aku masa aku kecil-kecil dulu. Bila mak aku dapat tahu yang Jenny nak bertunang, mak suruh aku pergi ke rumah Jenny untuk tolong apa yang patut. Aku pun pergi lah, tapi sebenarnya aku lebih banyak luang masa bersembang je kat sana. Masa tengah sembang-sembang tu, Jenny bagitau aku yang dia dan bakal suami dia pernah buat perjanjian guna darah. Terkejut aku. “Siapa antara kami yang mati dulu, dia kena datang dan ambil yang masih hidup” Jenny cakap pada aku sambil membelek-belek cincin pertunangan dia. Cuak aku dengar. “Akak tak rasa macam dramatik sangat ke sumpah setia korang tu? Macam mana kalau korang bercerai dan kahwin dengan orang lain?” “Tak akan punya. Kami teman sejiwa” Jenny bertegas pada aku. Perangai naif Jenny buat ...