Langkau ke kandungan utama

Hantu bawah katil

Cerita hantu

Nama aku Diana, aku anak tunggal dan tinggal dengan mak ayah aku. Rumah aku ni biasa-biasa je, teres lot tepi dua tingkat. Bilik aku tingkat atas. Sejak kecil lagi aku memang ada perasaan seolah-olah yang bawah katil aku ni ada hantu, tapi aku tak sangka yang perasaan aku selama ni betul..

 Waktu tu aku tengah baring seorang-seorang dalam bilik, tiba-tiba aku dengar suara garau datang dari bawah katil aku.

“Hey” bunyi suara tu.

Mula-mula aku buat tak tau je. Sebab aku ingatkan aku salah dengar.

“Hey budak” suara tu panggil lagi sekali

Kali ni aku serta merta terus menyorok dalam selimut.

“Siapa kau?” aku beranikan diri bertanya.

“Aku la hantu yang menyorok kat bawah katil kau” suara tu balas

“Maksud kau, selama ni memang betul ada hantu bawah katil aku?” aku tanya sekali lagi

“Apa yang kau cakap ni? Mestilah aku ada” hantu tu cakap

“Apa nama kau?” - apa punya soalan la aku tanya. Dalam keadaan cuak macam ni aku memang tak boleh nak berfikir.

“Bidin” - Hantu tu balas

“Bidin???” XD

“Apsal? Ada masalah ke dengan nama aku?” Hantu tu seolah-olah tak berpuas hati sebab nada aku macam tergelak dengar nama dia.

“Tak ada masalah, cuma nama tu tak macam nama hantu pun” - aku cuba bagi penjelasan.

“Memang la. Sebab mak bapa aku tak mau aku jadi hantu. Diorang nak aku jadi doktor” - hantu tu seolah-olah cuba nak bergurau dengan aku.

Tapi aku tetap tak berani nak jenguk keluar dari selimut aku ni.

“Bidin, kau kat sini untuk apa? Kau nak takut-takut kan aku ke? Atau kau ada tujuan lain?”

“Hah? Buat apa pula aku nak takutkan kau???”

“Yela kau kan hantu bukan memang hobi kau menakutkan orang je ke?”

“Oh, aku memang suka takutkan orang. Tapi aku takutkan orang jahat je” - Hantu Bidin cakap.

“Maksud kau, aku ni jahat ke? Apa aku dah buat?” - Aku tanya lagi sebab setahu aku, aku tak pernah pun mencuri ke, buli kawan-kawan ke atau melawan mak ayah aku. Apsal pula hantu seekor ni nak kata dia cuma takutkan orang jahat je?

“Aku kat sini bukan nak takutkan kau la. Orang yang bakal jadi mangsa aku tak boleh dengar perbualan kita. Aku kat sini nak takutkan orang tua yang menyorok dalam almari baju kau tu”

Masa ni aku dah mula rasa takut. Aku nak tanya pada hantu tu orang tua mana pula yang menyorok dalam almari baju aku? Tapi belum sempat aku bertanya aku dengar pintu almari aku terbuka diikuti dengan bunyi tapak kaki datang ke arah aku.

Tiba-tiba selimut aku direntap dan diselak dengan kuat. Aku nampak ada seorang pakcik yang aku tak kenal tengah memegang sebilah pisau dan kain. Pakcik tu cuba nak serang aku. Aku tak tau nak buat apa, aku pejam mata aku kuat-kuat. Aku pasrah je apa nak jadi lepas ni.

Tapi pakcik tu tak sempat nak serang aku pun. Waktu aku pejamkan mata aku tu, aku dengar suara pakcik tu menjerit macam orang kena histeria. Lepas tu aku dengar bunyi dia rempuh tingkap kaca bilik aku dan terjun keluar rumah.

Mak ayah aku melulu masuk ke dalam bilik aku lepas diorang dengar bunyi-bunyi bising tu. Diorang tanya apa yang berlaku. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Aku cuma bagitau ada lelaki tua menyorok dalam almari aku dan orang tu dah lari keluar ikut tingkap.

Mak ayah aku terus call polis. Malam tu polis peronda telah menahan seorang lelaki tua yang berada dalam keadaan cedera dipercayai akibat merempuh tingkap kaca. Lelaki itu juga kelihatan seolah-olah dalam ketakutan yang amat sangat.

Hasil siasatan lanjut, polis menjumpai kenderaan milik lelaki tu tak jauh dari rumah aku. Dalam kereta tu ada pisau,tali, pita pelekat dan kamera.

Pihak polis syak yang orang tua tu cuba untuk culik aku. Tapi nampaknya cubaan dia tak berjaya.

Sejak peristiwa tu aku dah lama tak dengar apa-apa berita dari hantu yang nama Bidin tu. Tapi polis yang tangkap pakcik tu pernah cerita pada mak ayah aku yang pakcik tu tak pernah tidur atas katil sepanjang dia berada dalam penjara. Katanya kalau tidur atas katil nanti Bidin datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d