Langkau ke kandungan utama

Mak mertua letak racun dalam makanan aku, rupanya ini sebabnya

Kisah ngeri

Semua orang ada pengalaman sendiri dengan mertua masing-masing. Macam tu juga dengan aku. Ini kisah tentang mak mertua aku yang telah meletakkan racun dalam makanan aku, tapi bukan itu yang mengerikan, yang mengerikan aku ialah sebab mak mertua aku buat macam tu.

Aku berkenalan dengan suami aku semasa aku travel ke negara matahari terbit. Mungkin kerana pertemuan kami di negara orang membuatkan hubungan kami bertambah rapat dan kami betul-betul saling jatuh cinta.

Perkahwinan kami diadakan dengan serba ringkas dan sangat pantas. Bertemu dan bercinta dua bulan, suami aku berjumpa keluarga aku dan kami terus nekad untuk bernikah 2 minggu kemudian.

Selepas berkahwin, kami menyewa sebuah rumah yang terletak lebih kurang 30 minit dari rumah mertua aku. Tapi aku jarang dapat meluangkan masa untuk berjumpa mertua sebab aku betul-betul sibuk dengan kerja.

Lebih kurang 8 bulan selepas perkahwinan kami. Aku bertekad untuk free kan jadual waktu aku untuk berjumpa mak mertua aku. Yelah, aku rasa bersalah pula sebab selama ni macam tak melawat dia langsung. Padahal rumah dekat je.

Aku dan suami aku pun pergi lah melawat keluarga dia untuk beberapa hari. Semua ahli keluarga suami aku teruja bila aku datang melawat. Ayah dan adik-adik dia layan aku baik sangat, tapi berlainan pula dengan mak mertua aku.

Mak mertua aku lebih banyak berdiam diri dan seolah-olah cuba menjauhkan diri dari aku. Kadang-kadang aku perasan macam dia tenung je aku. Sampai satu tahap aku rasa seram sejuk pula dengan mak mertua aku ni. Tapi aku tetap juga cuba nak berbaik dengan mak mertua aku ni. Yelah dah nama pun mertua kan tak kan aku nak buat musuh pula.

Hari terakhir aku kat rumah keluarga suami aku, suami aku bagitau pada semua yang dia rancang nak bawa aku pergi mendaki dan berkelah kat kawasan berkelah berhampiran dengan kampung dia ni.

Aku teruja betul hari tu, tapi sayangnya plan suami aku tak menjadi. Sebab tak lama lepas makan tengah hari, aku muntah-muntah dan terlantar. Doktor sah kan aku keracunan makanan. Masa tu aku terfikir dalam hati “agaknya aku tuhan bayar cast sebab malas nak tolong mak mertua masak kot. Kih kih kih”

…………………...

Beberapa bulan kemudian, aku dan suami datang melawat keluarga dia sekali lagi. Kali ni situasinya sama juga macam sebelum ni. Semua orang happy aku datang kecuali mak mertua aku.

Mak mertua aku tetap juga dengan sikap menjauhkan diri dari aku. Aku cuba berbincang dengan suami aku pasal ni. Tapi suami aku cuma cakap yang mak dia berperangai macam tu sebab dia masih belum rapat dengan aku lagi. Aku faham penjelasan suami aku tu, tapi aku tetap juga rasa tak sedap hati.

Pada petang tu, suami aku bagitau yang berhampiran sungai tempat dia nak bawa aku berkelah sebelum ni sebenarnya ada tasik juga. Dan dia ajak aku pergi naik bot kat tasik tu esok untuk release tention.

Punyalah seronok aku masa tu. Tapi sekali lagi hajat kami tak kesampaian sebab aku keracunan makanan sekali lagi. Bermula dari sini la aku mula syak wasangka dengan mak mertua aku. Sebab selain aku, orang lain semua tak keracunan pun padahal kami semua makan makanan yang sama. Mak mertua aku mungkin ada buat something.

Tapi aku masih lagi cuba berfikiran positif tentang mak mertua aku ni sehinggalah satu hari aku dan suami aku sekali lagi terpaksa batalkan plan kami untuk pergi hiking sebab aku keracunan makanan.

Dan kali ni aku betul-betul pasti yang ni semua kerja mak mertua aku. Aku bagitau pada suami aku apa yang aku rasa tapi suami aku tak percaya. Dia kata mungkin aku keracunan sebab aku alergik pada salah satu bahan yang mak dia guna dalam masakan.

Sebulan selepas tu. Aku dan suami pergi melawat keluarga dia sekali lagi. Tapi kali ni aku bagitau mereka aku nak masakkan makan malam untuk mereka sebab aku sebenarnya masih lagi syak wasangka terhadap mak mertua aku. Kalau aku yang masak mestilah mak mertua aku tak berpeluang untuk letak apa-apa pada makanan betul tak.

Malam tu aku makan dengan penuh yakin sebab aku tau makanan yang dihidang malam tu aku sendiri yang masak dan semestinya tidak diracun. Namun, lepas selesai menjamu selera baru aku terfikir walaupun makanan aku yang masak, tapi minuman kami malam tu bukan aku yang bancuh.

Dan aku rasa korang pun boleh teka apa yang berlaku malam tu. Sekali lagi aku keracunan dan sekali lagi juga plan aku dan suami untuk pergi hiking dan berkelah terbatal.

Aku dah tak boleh tahan lagi. Aku bagitau pada suami yang aku betul-betul yakin mak dia yang meracun makanan dan minuman aku. Kami bergaduh besar buat pertama kalinya pada malam tu. Aku bagitau suami aku yang tak nak melawat keluarga dia lagi kalau mak dia ada dirumah.

Selepas pergaduhan kami tu, aku dan suami dah hampir 3 bulan tak melawat keluarga dia. Sehinggalah suatu hari suami aku sekali lagi mencadangkan agar kami pergi berkelah dan mendaki ditempat yang kami dah rancang sebelum ni tapi tak pernah dapat pergi tu.

Aku kalau boleh tak mau singgah di rumah mertua aku tu. Tapi masalahnya untuk pergi kekawasan mendaki dan berkelah tu, aku akan lalu kawasan berhampiran rumah mertua aku tu jadi macam tak manis pula kalau kami tak singgah.

Maka dengan berat hati aku terpaksa singgah juga. Cuma kali ni aku berkeras dengan suami aku yang aku cuma nak singgah sekejap je dan tak mahu bermalam kat sana. Suami aku setuju dan kami merancang untuk bawa sedikit pizza untuk dijamah dengan ahli keluarga dia sebelum terus menyambung perjalanan kami ke tapak berkelah tu.

Sampai je kat rumah mertua aku. Aku pun ambilkan pinggan untuk semua ahli keluarga dan hidangkan pizza yang kami bawa tu atas pinggan masing-masing. Tapi tak sempat aku nak duduk makan, sepupu suami aku kebetulan datang dan kami semua pergi menyambut kedatangan dia.

Lepas bersalaman dengan sepupu suami aku baru aku sedar yang kami dah tinggalkan pizza kami diatas meja makan tanpa pengawasan. Tapi kali ni aku dapat idea untuk buat uji kaji sikit. Aku tak terus makan pizza yang ada atas pinggan aku sebaliknya aku tukarkan pizza aku dengan pizza suami aku. Aku nak tengok apa yang jadi.

Selepas suami aku makan pizza tu dia keracunan teruk. Kami terpaksa batalkan perancangan kami sekali lagi dan terus balik kerumah. Suami aku tak dapat memandu dengan betul malam tu dan kami terpaksa berhenti banyak kali sebab suami aku asyik nak muntah.

3 hari kemudian barulah suami aku nampak seperti dah pulih dan pada ketika ini lah aku beranikan diri untuk bagitau pada dia yang sebenarnya aku dah tukarkan pizza aku dengan pizza dia pada malam tu.

Suami aku betul-betul mengamuk lepas dia dapat tau apa yang aku buat. Aku tak pernah nampak dia marah sampai tahap macam tu sekali. Dia hentak aku ke dinding dan lempar aku kelantai. Tapi aku bernasib baik sebab sempat lari keluar dari rumah.

ngeri mertua dan suami

Malam tu aku bermalam kat rumah kawan aku. Suami aku tak henti-henti call telefon aku sampai aku terpaksa off telefon. Aku tak tau apa nak buat sebab aku rasa tak selamat untuk aku balik ke rumah.

2 hari kemudian aku ambil keputusan untuk on semula telefon aku selepas aku dapat menenangkan diri. Tak lama lepas aku on telefon, aku dapat panggilan dari pihak polis. Aku terkejut bila mereka bagitau yang suami aku dah meninggal. Mak mertua aku tertikam jantung dia waktu mereka bergelut.

Menurut cerita dari pihak polis, pada malam aku melarikan diri tu, suami aku telah pergi kerumah mak mertua aku dan cuba menyerang dia menggunakan pisau. Kebetulan ahli keluarga dia yang lain tak ada dirumah pada waktu tu. Mak mertua aku bernasib baik sebab dapat pertahankan diri tapi dia secara tak sengaja telah tertikam suami aku sehingga menyebabkan suami aku terbunuh.
…………...

Setelah segalnya selesai dan siasatan pihak polis tamat. Aku berpeluang melawat mak mertua aku. Lawatan aku kali ni tak seperti sebelumnya sebab pada kali ini mak mertua aku nampaknya agak ramah dan menerima aku dengan baik.

Pada ketika inilah mak mertua aku menceritakan pada aku yang sebenarnya suami aku dah pernah berkahwin sebelum ni, dan isteri dia sebelum ni mati dalam keadaan tragik ketika mendaki berdua-duaan dengan suami aku tu.

Suami aku berjaya dapatkan banyak duit hasil daripada insuran nyawa arwah isteri dia tu. Mak mertua aku memang sentiasa syak yang arwah isteri suami aku tu sebenarnya mati dibunuh oleh suami aku sendiri.

Tapi dia tak berani nak cerita pada sesiapa sebab dia tak rasa akan ada orang yang akan percaya dia terutama sekali aku. Sebab tu juga mak mertua aku seboleh-bolehnya tak nak aku pergi mendaki dan berkelah berdua-duaan dengan suami aku tu.

Jadi untuk menghalang aku dari pergi mendaki dan berkelah dengan suami aku, mak mertua aku letak racun makanan dalam makanan aku supaya aku muntah-muntah dan tak dapat nak pergi berkelah.

Lepas aku balik dari melawat mertua aku hari tu, aku buka laci tempat suami aku selalu simpan dokumen penting dan masa ni lah aku terjumpa satu dokumen polisi insuran nyawa yang suami aku dah ambil kan untuk aku tanpa pengetahuan aku...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d