Langkau ke kandungan utama

Suamiku dan anak gantian kami

Cerita seram melayu

Ini bukannya Liza, anak aku

Itu je yang terlintas di fikiran aku

“Kenapa sayang?” suami aku tanya “semua ok ke?”

“Siapa ni, bang?” aku bertanya. Didepan aku sekarang ialah seorang budak perempuan yang aku tak pernah jumpa pun sebelum ni, tapi budak tu pakai baju anak aku.

Suami aku pandang aku dengan wajah simpati. Budak tu pun pandang aku juga, dengan wajah yang ketakutan.

“Apa maksud sayang?” suami aku tanya “sayang ok tak ni?”

Kenapa suami aku seolah-olah cuba mengelak soalan aku? Aku bertanya dalam hati. Tapi dalam masa yang sama aku cuba untuk bertenang.

“Sayang akan Ok kalau abang bagi tau mana Liza, anak kita” - aku cakap pada suami aku.

Suami aku mengeluh. Budak perempuan tu pula sekarang nampak macam tengah tahan air mata dari mengalir. Suami aku tunduk dan pegang bahu budak tu lalu berbisik pada dia.

“Pergi masuk bilik, nak. Ibu kamu tak sihat sikit”

Budak tu terus ikut apa yang suami aku suruh tanpa apa-apa bantahan. Dia lalu melintasi aku dan terus pergi ke bilik dia. Lepas budak tu tutup pintu suami aku pandang aku sekali lagi dengan raut wajah simpati bercampur marah.

“Sayang tak makan ubat hari ni kan?. Jangan bohong dengan abang. Abang tau”

Aku geleng kan kepala aku sebagai tanda membantah

“Sayang tak perlukan ubat-ubat tu. Sayang rasa khayal lepas makan ubat-ubat tu semua”

Wajah suami aku berubah serta merta. Riak kemarahan di wajahnya tidak lagi dapat disembunyikan.

“Kau dah lupa apa jadi bila kau tak makan ubat sebelum ni??!”

Aku cuba untuk ingat balik apa yang berlaku sebelum ni. Tapi aku tak dapat nak ingat sepenuhnya.

Apa yang aku dapat ingat hanyalah wajah bengis suami aku yang ketika itu dipenuhi darah. Aku dapat ingat kata-kata suami aku ketika itu. “Semua ni sebab kau tak makan ubat!!”

Aku tiba-tiba terasa lemah. Tekanan yang aku hadapan akibat cuba nak ingat balik apa yang berlaku sebelum ni membuatkan aku lemah dan terjatuh kedalam dakapan suami aku.

Suami aku mengusap kepala aku sambil berkata

“Tak apa sayang. Semua tu cuma mimpi je”

Aku anggukkan kepala aku sebagai tanda akur. Suami aku kemudiannya memimpin tangan aku ke bilik kami. Dia duduk kan aku di penjuru katil dan aku diberi makan beberapa jenis ubat. Suami aku kata ubat ni penting untuk aku kekal kan kewarasan aku.

Lepas aku makan ubat-ubat tu semua. Aku rasa khayal dan lebih selesa untuk menurut apa sahaja yang suami aku suruh.

Jauh di sudut hati, aku tau apa yang aku buat ni salah.

Aku tau suami aku tak mampu terima kenyataan yang anak perempuan kami dah meninggal

Aku tau budak perempuan tu suami aku culik dan paksa untuk menjadi Liza

Tapi kami terpaksa. Kalau kami tak ikut kehendak suami aku. Kalau ada antara kami yang berani cakap pada suami aku yang budak perempuan tu bukan Liza. Suami aku akan mengamuk dan bunuh budak perempuan tu, kemudian culik budak lain pula untuk dijadikan Liza.

Macam yang suami aku pernah buat sebelum ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la...

Gadis yang sentiasa memakai baju pengantin

Jenny ialah seorang gadis yang tinggal diseberang jalan dengan rumah aku. Aku dengan Jenny tak lah rapat sangat memandangkan usia kami 5 tahun jaraknya. Tapi mak ayah Jenny dan mak ayah aku berkawan rapat. Malah, tak silap aku Jenny jugalah yang tolong “babysit” aku masa aku kecil-kecil dulu. Bila mak aku dapat tahu yang Jenny nak bertunang, mak suruh aku pergi ke rumah Jenny untuk tolong apa yang patut. Aku pun pergi lah, tapi sebenarnya aku lebih banyak luang masa bersembang je kat sana. Masa tengah sembang-sembang tu, Jenny bagitau aku yang dia dan bakal suami dia pernah buat perjanjian guna darah. Terkejut aku. “Siapa antara kami yang mati dulu, dia kena datang dan ambil yang masih hidup” Jenny cakap pada aku sambil membelek-belek cincin pertunangan dia. Cuak aku dengar. “Akak tak rasa macam dramatik sangat ke sumpah setia korang tu? Macam mana kalau korang bercerai dan kahwin dengan orang lain?” “Tak akan punya. Kami teman sejiwa” Jenny bertegas pada aku. Perangai naif Jenny buat ...

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d...