Langkau ke kandungan utama

Wanita yang menjual sebalang kegembiraan

Kisah magik

Cukup jelas tulisan di poster itu

“Sebalang kegembiraan untuk dijual. Hubungi saya sekarang!”

Dan dibawah tulisan itu pula ada satu nombor telefeon untuk dihubungi.

Poster iklan tu ditampal pada satu public phone lama yang dah rosak. Aku nampak poster iklan tu masa dalam perjalanan balik ke rumah lepas seharian penat bekerja.

Lepas aku baca apa yang iklan tu tulis, aku snap satu gambar poster tu guna smartphone aku sebab aku rancang nak tunjuk poster tu pada isteri aku bila aku sampai rumah nanti. Sebab aku rasa kelakar, sebalang kegembiraan untuk dijual? Kih kih kih

Tapi, bila aku sampai rumah, aku lupa. Aku habiskan waktu aku kat rumah buat kerja-kerja rumah pula. Basuh baju, ajar anak buat kerja sekolah, tidurkan anak, gosok baju dan macam-macam lagi la sampai aku tak ingat langsung pasal poster tu tadi.

Tiap-tiap malam rutin aku macam tu..

Esok paginya pula, pun macam biasa juga. Aku bangun tidur dan aku nampak isteri aku masih lagi tidur kat sebelah. Aku memang selalu bangun dulu sebab aku kena pergi kerja lagi awal dari isteri aku. Waktu masuk kerja isteri aku lambat sikit.

Jadi aku pun bersiap dan pergi la kerja, macam selalu dan selepas berhempas pulas membanting tulang 4 kerat aku ni, aku pun balik. Cuma, dalam perjalanan balik hari ni, aku terkenang kehidupan dan masa depan aku.

Aku memang selalu mengenang nasib macam ni bila balik kerja. Masa aku muda-muda dulu, aku selalu bercita-cita nak travel ke semua negara yang ada dalam dunia ni. Tengok tempat orang, timba pengalaman.

Tapi tak kesampaian cita-cita nak travel sebab aku jumpa Leha, isteri aku. Bila dah kahwin dan ada anak tu banyak la impian yang terkubur sebab komitment.

Aku bukan la tak sayang pada isteri aku. Aku sayang cuma aku tak berapa gembira dengan kehidupan dan situasi aku sekarang ni.

Senang cakap, aku tak happy dengan kehidupan aku

Masa aku tengah jalan balik rumah sambil mengenang nasib tu, aku ternampak poster iklan yang aku tengok semalam.

“Sebalang kegembiraan untuk dijual. Hubungi saya sekarang!”
Masa tu aku tak tau kenapa. Hati aku tergerak untuk call nombor tu.

Aku pun tak tau apa yang aku fikir masa aku terniat nak call nombor tu. Tah-tah budak-budak remaja sengaja nak buat lawak, atau mungkin bapa ayam nak jual perkhidmatan ke apa, aku pun tak tau apa yang aku harapkan, tapi aku call juga nombor yang tertulis pada iklan tu.

Tuuut...tuuutt...bunyi panggilan telefon

“Hello?” - ada seorang perempuan angkat panggilan aku.

“Err..hello Kak. Saya call ni pasal poster iklan Akak ni” - aku cakap

“Oh yeke, bagus la” tenang je akak tu jawab “Bila awk nak ambil?”

“Ambil? Ambil apa Kak???” - aku hairan

“Ambil balang tu la, awk call saya pasal balang tu kan”

Laaa..Ye tak ye, kan memang dah jelas tertulis kat iklan tu dia jual “sebalang kegembiraan”. Aku punya nervous sampai terlupa. Apa-apa pun aku memang ada masa lagi ni kalau nak jumpa akak seller ni kat mana-mana. Tak ada masalah untuk aku ambil balang tu sekarang.

“Saya sekarang pun saya boleh ambil balang tu kak”

“Tapi sebenarnya apa dalam balang tu?” - aku masih lagi tertanya-tanya

“Laaa..awak ni, dalam balang tu ada kegembiraan la. Kan dah tulis kat iklan tu sebalang kegembiraan untuk dijual” - Akak seller tu jawab balik

Aku yang dalam kebingungan tu dah mula rasa macam kenapalah aku pergi call nombor iklan tu. Tapi aku teruskan juga deal aku dengan akak seller ni

“Kita jumpa kat mana-mana lah Kak” - aku kata

“Boleh, nak COD ni kena tempat ramai orang. Kita jumpa kat tepi McDonald jela. Boleh?” - Akak seller misteri tu bagi cadangan.

“Boleh kak. Saya tunggu akak kat sana”

Talian tamat.

Sebenarnya, aku ni tak ada lah nak percaya sangat yang akak seller tu boleh jual kegembiraan dalam balang. Aku syak akak ni sebenarnya jual ganja ke apa dalam balang tu.Tah-tah “kegembiraan” tu sebenarnya nama samaran untuk ganja. Bukan boleh percaya zaman sekarang ni.

Sementara aku risau-risau tu, aku tetap juga bergerak pergi ke McDonald. Sampai je terus aku mesej akak tu.

“Kak, saya dah sampai ni”

“Bagus la, akak dah nak sampai ni. Kejap lagi akak datang” - dia reply

“Akak naik kereta apa?”

“Axia kuning”

Lepas je dia balas mesej tu aku nampak akak seller tu datang naik kereta dia. Dia parking kereta dia tak jauh dari tempat aku berdiri. Lepas dia keluar dari kereta dia pandang ke arah aku, aku pun anggukkan kepala sebagai tanda yang aku lah pembelinya.

Akak seller tu pun panggil aku datang dekat dia. Penjual tu nampak macam orang yang berumur 30an. Rambut kerinting sampai ke bahu dan pakai baju kurung ala-ala orang kampung zaman dulu-dulu.

“Awak ni yang call nak beli kegembiraan tadi kan?”

“Errr..ye, saya la tu”

“Nah, ni dia yang awk beli”- kata akak seller tu sambil hulur pada aku satu balang kaca. Balang kaca tu kecil je, sama saiz dengan telur ayam gred A.

Dalam balang tu nampak seolah-olah satu cahaya yang terang. Benda tu bukan mentol, cuma satu cahaya yang sangat terang. Walaupun kat bawah cahaya matahari petang, aku tetap boleh nampak kilauan cahaya dalam balang tu.

Kagum aku tengok balang tu. Cahaya dalam tu memang memukau

“Cantik kan” - Akak tu cakap bila dia tengok aku macam terpegun.

“Apa ni kak?” - aku tanya

“Dah banyak kali akak bagitau, itu la kegembiraan. Kegembiraan yang disimpan dalam balang kaca”

“Saya nak kena buat apa dengan benda ni kak?”
“Simpan..kalau ada masalah nanti mesej akak” - akak tu pun terus masuk balik ke dalam kereta dia.

“Ehh..kejap kak. Akak kan nak jual benda ni. Berapa harga ni kak?”

“Jangan risau dik, kau akan bayar” kata akak tu. Dia senyum je sambil berlalu pergi dengan kereta dia.

Aku rasa macam orang baru bangun dari kena rasuk. Apa yang berlaku ni? Apa benda yang ada kat tangan aku ni? Aku tengok balang kaca tu lagi sekali, dan sekali lagi aku terpegun tengok cahaya terang dalam balang kaca tu.

Cahaya tu sangat terang sampaikan masa aku masukkan balang tu dalam poket, aku masih boleh nampak cahaya tu seolah-olah menembusi kain seluar aku.

Aku pun bergerak balik kerumah

Baru dua-tiga langkah tiba-tiba cuaca yang tadinya cerah dengan matahari petang tiba-tiba bertukar gelap macam nak hujan lebat sangat. Tak sangka pula cuaca tiba-tiba nak hujan macam ni, aku pun mula berlari dan hanya dapat cari tempat nak berteduh bila aku dah sampai kat apartment aku.

Aku pun terus pergi ke unit rumah aku. Tapi masa aku nak buka pintu baru aku perasan. Kunci rumah aku tak ada pada keychain aku.

“Biar betul, takkan aku tertinggal kunci kat tempat kerja kot” aku cakap dalam hati

Aku pun ketuk la pintu.

“Baby, abang dah balik ni. Kunci tertinggal kat pejabat la” aku jerit panggil isteri aku

Aku dengar bunyi kunci di buka dari dalam.

Tapi masalahnya yang buka pintu tu bukan isteri aku tapi lelaki tua. Muka dan pakaian lelaki tu macam bomoh dalam cerita sinetron indonesia.

“Kau salah rumah ni, bang” - lelaki tu kata.

“Err...eh..sorry bang” - aku cakap. Terkejut aku.

Lepas lelaki tu tutup pintu aku pun tengok nombor rumah. Nombor rumah yang betul.

Aku tau ni rumah aku. Aku dah tinggal kat sini lama. Tapi bila lelaki tu buka pintu tadi, perabot dalam rumah tak sama, warna dinding rumah tak sama, semua benda dalam rumah tu tak sama macam rumah aku.

Semua ni tak masuk akal, aku rasa macam orang kena dadah.

Aku keluarkan handphone aku sebab nak call isteri aku. Mana la tau aku dah kena dadah ke dah mabuk ke apa. Sekurang-kurangnya isteri aku boleh tolong aku.

Tapi yang peliknya nombor telefon isteri aku tak ada dalam telefon aku. Yang aku lagi bertambah pelik bila aku tengok dekat Whatapps pun tak ada mesej-mesej antara aku dengan isteri aku selama ni. Call log pun kosong, gambar-gambar dia pun tak ada.

Aku cuba dail nombor telefon isteri aku secara manual. Tapi aku tak dapat nak ingat nombor dia, sedangkan selama ni aku tak pernah lupa pun nombor telefon isteri aku. Jadi aku rancang untuk pergi ke pejabat, sebab selama ni aku ada simpan senarai nombor telefon kat komputer pejabat juga sebagai back-up.

Aku pergi semula ke pejabat aku. Tapi kali ni aku tak jalan kaki, aku naik bas memandangkan cuaca ketika ni masih lagi hujan. Sepanjang perjalanan aku tertunduk, cuba memikirkan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Di tempat kerja aku ada diberikan kad access oleh majikan aku. Hanya orang yang memiliki kad ini sahaja yang boleh masuk ke pejabat kami kerani kunci pintu pejabat kami dibuka dengan kad access ni.

Tapi bila aku sampai sahaja di pejabat, sekali lagi aku terkejut bila aku dapati kad access aku tak ada dalam poket. Sedangkan masa aku balik kerja sebelum sampai ke rumah tadi memang ada.

Aku pun cuba hubungi pengawal melalui mesin suara supaya pengawal tolong buka kan pintu untuk aku.

“Hello, Saya kehilangan kad access petang ni, nombor pengenalan pekerja saya….”

Aku terhenti sebab aku tak dapat ingat nombor pengenalan pekerja aku.

“Encik? Boleh sebut nombor pengenalan Encik? Saya tak dengar nombor nya?”

“Uh...saya..tak ingat nombor pengenalan saya” aku cakap dalam kebingungan.

“Tak apa encik bagitau encik dari jabatan mana, saya semak nama encik” pengawal tu balas

“Boleh juga! Saya dari finance department” aku cakap lepas beritahu nama aku pada pengawal tu

“Ok encik, saya semak dulu…”

Tak lama kemudian pengawal tu sambung

“Maaf Encik, saya dah buat semakan tapi tak ada orang nama ni yang bekerja dalam syarikat ni. Encik sebenarnya ada buat temujanji untuk jumpa siapa-siapa ke?”

Aku terkejut sampai tahap hampir terduduk. Padahal aku baru sahaja balik dari pejabat ni tadi. Apa yang berlaku? Aku rasa macam aku dapat penyakit nyanyuk secara mendadak dan tiba-tiba.

Ketika aku tengah kerisauan tu aku dapat satu mesej di handphone aku. Akak seller yang jual kegembiraan tu yang mesej aku rupanya. Aku memang tak ingat langsung pasal dia hingga la dia mesej aku ni.

“Macam mana, ok?” mesej seller tu

Masa aku baca mesej tu aku dah syak, ni semua mesti kerja dia. Dia tau pasal semua ni. Mesti dia dah buat sesuatu sampai semua ni jadi.

Aku reply mesej dia “apa yang kau dah buat pada aku??!!”

Dan dia cuma reply “Ni baru permulaan”

Waktu ni aku rasa macam nak hempas je telefon tu. aku teringat pasal “kegembiraan dalam balang “yang aku simpan dalam poket aku tu. Aku keluarkan dan aku tengok balang tu masih lagi macam masa aku beli. Masih lagi ada cahaya terang dalam balang tu.

Pada ketika ini, aku jadi bertambah panik. Sebab aku baru perasan yang aku tak ingat rupa isteri aku. Aku juga mula perasan yang aku juga tak ingat muka anak aku macam mana.Aku cuba untuk ingat rupa mereka.

Sewaktu tengah cuba untuk mengingat wajah isteri dan anak aku tu, aku baru tersedar yang aku sedang berdiri dipintu masuk sebuah pejabat. Aku tak dapat ingat kenapa aku duduk didepan pejabat ni. Aku kerja kat sini ke?

Tapi aku ingat yang aku ada isteri, anak, rumah dan pekerjaan dipejabat. Cuma aku tak ingat rupa mereka dan kat mana rumah dan pejabat aku.

Dengan keadaan aku yang penuh kekeliruan, kesejukan sebab hujan lebat macam ni. Aku cuma fikir nak balik panaskan badan kat rumah dengan anak dan isteri aku, aku nak pergi kerja walaupun aku tau kerja aku tu memenatkan. Aku nak kan ingatan aku balik.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi, menandakan ada mesej baru masuk.
“Betina yang jual balang tu!” aku cakap bila aku tengok telefon aku

Aku baca mesej dia tertulis “pecah kan balang tu bodoh”

Masa aku baca mesej tu aku rasa macam aku dianiaya, aku tau ni semua sebab betina tak guna ni. Perempuan yang kononnya menjual “kegembiraan dalam balang” ni mesti sebenarnya bomoh ataupun perempuan puaka.

Dalam kemarahan aku yang meluap-luap waktu tu aku hempas balang tu

Bila balang tu pecah, cahaya dalam balang tu bagaikan meletup dan terus menyuluh seluruh kawasan aku berdiri. Cuaca yang tadinya gelap sebab hujan tiba-tiba jadi terang benderang. Rasa kesejukan sebab hujan tiba-tiba hilang dan digantikan dengan rasa suam yang selesa.

Aku pejamkan mata

Bila aku buka mata aku,

Aku tengah baring sebelah isteri aku, aku pandang ke tingkap, aku nampak cahaya matahari pagi menyuluh masuk ke bilk tidur. Aku tengok telefon aku, hari khamis pukul 8 pagi.

Dan aku dapat satu mesej. Dari si penjual kegembiraan tu

“Kalau nak beli kegembiraan lagi call akak” tulis mesej tu.

Pagi tu aku sedar yang aku tak hilang ingatan. Aku ada isteri, anak, rumah dan kerja. Dan aku ingat semua nya.

Aku pergi kerja dalam keadaan bersyukur masa tu walaupun sebelum ni aku benci kerja tu

Aku luangkan masa dengan anak dan isteri aku lepas balik kerja walaupun sebelum ni aku rasa malas dan leceh nak luangkan masa dengan mereka

Dan hari ini aku rasa gembira dapat keluar pergi kerja dan luangkan masa bersama keluarga. Aku dah dapat rasa apa yang aku beli dari akak tu, KEGEMBIRAAN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d