Langkau ke kandungan utama

Aku jawab panggilan dari arwah isteriku

Kisah arwah isteri

Malam ni cuaca hujan lebat dengan guruh sambung-menyambung. Aku tak pernah nampak hujan lebat sampai macam ni sekali.

Aku tengah sibuk memikirkan apa nak buat bagi hilangkan bosan apabila telefon bimbit aku tiba-tiba berbunyi, nombor yang call aku tu nampak macam nombor telefon pejabat.

Sebenarnya aku syak orang yang call aku ni scammer. Tapi sebab hari ni aku bosan gila, aku angkat juga telefon aku. Aku rancang nak kenakan balik scammer ni. Diorang ingat diorang pandai sangat.

Isteri aku terbunuh ketika rumah kami dirompak 5 tahun lalu. Aku tak sedar ada perompak masuk ke rumah, isteri aku yang perasan. Bila perompak tu nampak isteri aku dia terus tikam.

Perompak tu berjaya di tangkap dan dikenakan penjara seumur hidup. Sampai sekarang dia masih meringkuk dalam penjara.

Sejak peristiwa hitam itu aku mula berkerja sebagai pembangun laman web. Kerja aku membolehkan aku untuk bekerja dari rumah je. Malah sejak peristiwa itu aku pun dah tak ramai kawan. Nak melepak macam dulu pun dah jarang sangat.

Balik semula kepada scammer yang call aku tadi. Aku angkat panggilan dia. Dihujung talian aku dengar suara seorang wanita.

“Hello, ni En. Kamil bin Sufian ke?”

“Bukan, itu arwah ayah saya. Dah 3 tahun dah ayah saya meninggal” - aku jawab sambil melabuhkan badan aku ke atas katil. Rasa menyampah pula sebab syarikat ni tak tau yang arwah ayah aku dah lama meninggal. Diorang ni tak pernah simpan rekod ke? Syarikat apa ni?

Wanita tu terdiam

“Ohh..maaf encik sebab dalam rekod kami tak ada mengatakan yang Kamil bin Sufian dan meninggal. Boleh encik tunggu sekejap supaya saya boleh buat semakan?”

Lepas dia cakap macam tu aku dengar bunyi fail diselak-selak. Mungkin dia tengah semak rekod sambil kepit kan telefon di bahu.

“Oh..its Ok. Tak ada masalah pun. Apa kata sambil-sambil semak tu cik perkenalkan diri cik. Nama cik siapa?” - aku cakap dengan nada dan gaya nak menggatal.

Wanita dihujung talian tu ketawa kecil. Aku rasa seolah-olah aku kenal cara dia ketawa tu.

“Nama saya Amiza dan saya call ni berkenaan card credit En. Kamal bin sufian. Tapi saya tak boleh bagitahu encik saya dari bank mana sebelum saya semak rekod-rekod En. Kamal terlebih dahulu memandangkan encik sendiri dah beritahu tadi yang En. Kamal dah meninggal”

“Okay”

“Tapi cik arwah ayah saya dah meninggal lama dah. Jangan kata yang arwah masih ada hutang card credit yang belum dibayar lagi? Banyak ke jumlahnya?” - aku tanya sambil berharap yang hutang tu tak banyak.

“Sebentar ye En. Tebal sangat fail ni saya cuba semak secepat mungkin” wanita tu menjawab sambil tu aku juga boleh dengar bunyi kertas diselak dengan cepat.

“Oh tak mengapa cik. Tapi saya tak sangka pula zaman sekarang ni masih ada orang simpan rekod dalam fail. Kenapa tak simpan rekod dalam komputer je?” - Aku bertanya lagi.

“Syarikat kami tak simpan rekod dalam komputer encik. Tapi macam yang encik dah tahu, hutang card credit ni kalau lambat bayar boleh menjejaskan ccris orang yang berhutang” - wanita itu balas

“Ok-ok. So sekarang ni apa yang saya boleh buat?” - aku dah mula risau bila dia cakap macam tu.

“Okay. Macam ni encik. Encik dah berkahwin?”

“Dah tapi dia meninggal 5 tahun lalu”

“Ohhh... Saya tumpang simpati encik. Bila dengar encik cakap macam tu rasa macam nak runtuh hati saya”

Aku terkedu bila wanita tu cakap macam tu. Perkataan dan ayat yang wanita tu gunakan sama macam ayat yang arwah isteri aku selalu guna. Ayat-ayat macam tu pun jarang digunakan oleh orang lain.

Bila dia cakap macam tu, baru aku perasan

Arwah isteri aku dulu pun pernah bekerja dengan syarikat card credit, nama dia juga Amiza dan suara wanita ni pun hampir sama dengan suara dia.

“Maaf cik, nama cik amiza binti apa ye?” - Aku cuba bertanya

“Saya tak boleh dedah maklumat peribadi saya kepada pelanggan” - wanita tu jawab

“Okay-okay..cik dulu pernah bersekolah kat sekolah taman kenanga ke?”

“Ye, betul..” wanita tu seolah-olah terkejut “Macam mana encik boleh tau?”

Aku rasa macam tak percaya je. Amiza dah lama meninggal tapi suara wanita yang bercakap dalam telefon ni hampir sama dengan suara dia. Malah cara dia bercakap dan latar belakang dia setakat ni pun sama macam arwah amiza.

“Nama ibu cik Maimun?”

Wanita dihujung talian tu cuma diam je. Lama dia diam, tapi akhirnya dia bersuara juga

“Encik ni siapa?”

Aku mula menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku rasa aku dah mula faham apa yang berlaku sekarang. Aku tanya dia lagi

“Soalan saya ni mungkin pelik sikit tapi..apa tarikh hari ni?”

“Tarikh?? Ok encik tunggu sebentar saya tengok kalender” - Wanita tu jawab sambil kedengaran bunyi kertas diselak. Mungkin bunyi kertas kalender

“Tarikh hari ni, 9 April 1999…”

1999? Sekarang dah masu tahun 2008! Pada tahun 1999 arwah ayah aku pun masih hidup lagi. Aku betul-betul terkejut. Ini bermakna wanita dihujung talian ini mungkin memang betul-betul arwah isteri aku. Mungkin dia secara tak sengaja telah call aku dari masa silam.

Fikiran aku berkecamuk. Macam mana hal sebegini boleh berlaku??

Tapi dalam kekeliruan aku tu, aku terfikir satu idea. Mungkin kalau aku bagitau pada arwah isteri aku dari masa silam ni,  yang dia akan mati dibunuh dalam satu rompakan, dia dapat mengelak dari dirompak.

Aku pun cepat-cepat cakap pada dia..

“Amiza, dengar sini. Selepas awak berkahwin, suami awak akan beli sebuah rumah teres di Taman Pelangi Bahagia. Tak lama lepas tu rumah tu akan kena rompak dan awak terbunuh dalam rompakan tu.”

“Encik? Apa ni?” - Wanita itu kedengaran keliru.

Aku takut kalau dia rasa tak selesa dan matikan talian. Aku terus pintas percakapan dia dan aku pesan

“Jangan pindah ke Taman Pelangi Bahagia, bantah keputusan suam....”

“Arrgghhhhhhh……” - tak sempat aku nak habis cakap tiba-tiba aku dengar suara wanita tu menjerit. Jeritan itu ialah jeritan yang sama dengan jeritan arwah isteri aku ketika dia dibunuh perompak dahulu.

Lalu talian pun terputus.

Aku cuba dail semula nombor yang call aku tu tapi tak dapat dihubungi. 9 kali aku cuba call balik, yang ada cuma suara mesin operator bagitau yang nombor itu tiada dalam perkhidmatan.

Aku tak bangun dari katil, termenung memikirkan apa sebenarnya yang berlaku tadi, dan terkenangkan arwah isteri aku. Jeritan dia semasa dibunuh masih lagi aku ingat…tak lama kemudian aku tertidur bertemankan bunyi guruh yang semakin kuat.

Aku terjaga bila wajah aku terkena cahaya matahari dari tingkap bilik. Perasaan aku bercampur gembira, cemas dan keliru apabila aku buka mata aku pagi tu. Sebab aku nampak isteri aku tengah tidur kat sebelah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d