Langkau ke kandungan utama

Aku tinggal di rumah berhantu ketika kecil

Pengalaman rumah berhantu

Pada usia 12 tahun, Aku tinggal di rumah paling teruk aku pernah tinggal sepanjang hayat aku. Aku sentiasa rasa ada sesuatu yang misteri tentang rumah tu. Ahli keluarga aku pula, aku rasa mereka macam orang gila sepanjang masa kami tinggal dirumah itu.

Pada suatu hari, ibu aku dapat cuti daripada majikan dia. Semua ahli keluarga yang lain pergi ke sekolah atau bekerja pada hari itu. Waktu itu, ibu aku sedang duduk dibilik dia bila tiba-tiba dia dengar satu suara datang dari arah bilik aku.

“Hey, ibu. Mari lah sini” kata suara tu. Ibu aku pun bangun untuk pergi ke bilik aku, tapi ketika dia hendak keluar dari bilik dia, dia nampak satu cahaya melintas didepan pintu bilik dia menuju kearah bilik aku.

Selain itu, pernah juga berlaku satu kejadian dimana adik aku yang berusia tujuh tahun telah mengunci dirinya sendiri didalam tandas. Selepas itu, dia menghempas pintu tandas itu sambil menjerit-jerit meminta untuk dilepaskan keluar dari tandas.

Kami semua cuba mencari jalan untuk membuka pintu tandas itu tapi sebelum sempat kami pecahkan pintu tandas itu, adik aku tiba-tiba senyap. Tak lama kemudian, dia buka pintu tandas tu seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Malah, adik aku turut bertanya dalam kehairanan kenapa wajah kami semua kelihatan cemas dan kenapa kami semua berada didepan pintu tandas. Dia langsung tak ingat apa-apa.

Ibu aku juga sering bermimpi yang bilik dia dicerobohi oleh lelaki yang tidak dikenali. Didalam mimpi ibu aku itu, dia rasa yang lelaki itu datang untuk membunuh dia. Kami adik beradik tak pernah nampak mana-mana lelaki tak dikenali masuk kerumah, tapi kami pernah ternampak bayangan gadis kecil didalam rumah kami tu.

Pada satu hari, ibu bapa aku bekerja shift malam dan aku dibiarkan untuk tinggal di rumah berseorangan. Aku hidupkan komputer ibu aku untuk main-main sambil dengar muzik. Ketika aku sedang leka bermain komputer, aku dengar bunyi seolah-olah suara dua orang lelaki sedang bersembang.

Aku rasa bunyi perbualan mereka itu mengganggu aku walaupun bunyinya tidak jelas. Jadi, aku ambil keputusan untuk menutup tingkap bilik sebab aku sangkakan bunyi perbualan itu datang dari luar rumah dimana jiran-jiran aku mungkin tengah berborak.

Tapi apabila aku pandang ke arah tingkap, aku dapati yang tingkap itu memang sudah tertutup. Aku tengok sekeliling rumah, TV tertutup, radio tidak dihidupkan dan tingkap rumah semuanya turut tertutup. Yang anehnya, kemana sahaja aku pergi, aku boleh dengar bunyi seakan-akan orang sedang berborak. Bunyi itu pula tidak kedengaran semakin jauh atau semakin dekat tidak kira kemana sahaja lokasi yang aku pergi.

Namun, aku tak dapat faham apa yang mereka sembangkan. Tak lama kemudian, tiba-tiba bunyi orang bersembang itu terhenti. Sejurus lepas itu, aku dengar ada bunyi tapak kaki yang sangat kuat datang dari tingkat bawah rumah aku.

Bunyinya bagaikan orang yang memakai boot berjalan sambil menghentakkan kaki. Kemudian, aku dengar bunyi pintu setor di bahagian dapur rumah kami dihempas. Aku cepat-cepat kunci pintu bilik aku dan call ibu aku dalam keadaan teresak-esak sebab ketakutan.

Ibu aku kemudiannya menghubungi tuan rumah. Tuan rumah kami datang dan buat pemeriksaan. Tiada sesiapa didalam rumah dan tiada tanda-tanda rumah itu telah dimasuki oleh sesiapa. Sejak dari itu, aku dah tak berani nak tinggal di rumah seorang-seorang.

Pernah juga terjadi satu kes dimana aku naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan ibu aku di biliknya. Tapi ketika dipertengahan tangga aku rasa bagaikan ada sesuatu menolak aku sehingga aku jatuh tergolek. Kepala aku luka malam itu.

Nak dijadikan cerita, ibu aku ade seorang kawan yang suka benda-benda mistik ni. Dia selalu buat pengambaran ala-ala uncle seeker untuk cari hantu. Bila kawan ibu aku dapat tahu tentang pengalman aku dengar bunyi pintu bilik setor dihempas, dia datang ke rumah kami untuk pasang kamera dan peralatan merakam bunyi didalam bilik setor rumah kami itu.

Esok nya, kawan ibu aku datang untuk ambil peralatan dan perakam dia. Kami sempat melihat video yang dia rakam. Dalam video itu tak kelihatan apa-apa yang ganjil pun, tapi dalam rakaman suara kami semua dapat dengar satu suara garau memanggil nama ibu aku pada pukul 3 pagi.

Akhirnya, ibu aku ambil keputusan untuk berpindah bila satu hari ketika dia sedang mandi, dia rasa bagaikan ada sesuatu yang cakap belakang dia. Dia cepat-cepat bersihkan muka dia dari sabun sebab cemas. Bila dia buka mata, dia dapati yang bahu dia bercalar dan berdarah teruk bagai dicakar sesuatu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d