Langkau ke kandungan utama

Sesuatu disebalik pintu

Cerita hantu melayu
Kisah hantu belakang pintu

Ketika aku berusia 17 tahun, aku bekerja sebagai seorang pekerja restoran. Restoran tempat aku bekerja ni terletak dikawasan pinggir bandar. Rakan sekerja aku semuanya Ok la walaupun kadang-kadang ada juga timbul isu sikit-sikit. Tapi bagi aku itu semua normal la.

Di restoran ni, pintu depannya adalah pintu kaca, dimana pelanggan kami akan masuk melalui pintu ni. Di bahagian dapur di belakang restoran ni pula pintu nya diperbuat daripada besi.

Biasanya kami gunakan laluan pintu belakang untuk pergi buang sampah. Sebab tong sompah besar tak jauh pun dari pintu belakang ni, kami biasanya lemparkan je plastik sampah kami dari pintu ke tong sampah besar tu.

Kat restoran ni ada 2 orang tukang masak iaitu Hanif, tukang masak shift siang dan Daud, tukang masak shift malam. Aku pula memang kerja ambil order dan jadi cashier je.

Satu malam, pelanggan kurang di restoran kami. Boss bagi arahan untuk tutup awal sikit. Dia bagi arahan supaya jangan lupa kunci semua pintu restoran lepas tu dia terus balik sebab dia kata dia ada urusan lain.

Selepas dah siap kemas restoran, aku, Daud dan seorang lagi pekerja nama mona lepak kat bahagian dapur restoran sambil sembang-sembang. Masa tu Daud tengah pegang satu plastik besar sampah untuk dibuang.

Aku dan Mona bersandar ditepi meja dapur menghala kearah pintu belakang restoran kami

Sambil berborak, Daud buka pintu belakang restoran untuk campak sampah. Sambil dia buka pintu tu dia masih lagi pandang menghadap kami sambil berborak. Ketika pintu itu terbuka, aku nampak ada seorang lelaki tengah berdiri di depan pintu.

Kulit lelaki tu putih dan pucat, mata lelaki itu mengalirkan air mata, dan mulut dia..tiada rahang bawah.

Muka aku dan Mona berubah serta merta.

Bila Daud perasan perubahan pada wajah kami, dia toleh ke arah pintu dan bila Daud pusing menghadap pintu, badan dia menghalang pandangan kami.

Apabila Daud pandang semula ke arah kami, badan dia tidak lagi menghalang pandangan kami untuk melihat ke arah pintu. Tapi pada ketika ini lelaki yang kami nampak tadi sudah tiada di depan pintu itu.

Daud pelik melihat keadaan kami sebab waktu dia toleh ke arah pintu tadi dia tak nampak apa-apa.

Esoknya aku, Daud dan Mona pergi berjumpa boss kami dan ceritakan apa yang berlaku dan apa yang aku dan Mona nampak pada malam semalam.

Boss aku pun bagitau, sebenarnya dulu dia ada dua orang pekerja lelaki dan seorang pekerja wanita yang bekerja di restoran tu. Kedua-dua pekerja lelaki ni mengamalkan ilmu hitam tanpa pengetahuan boss aku.

Satu hari diorang bergaduh sebab berebut pekerja wanita boss aku ni dan salah seorang dari mereka libas parang pada muka kawan dia sampai tertanggal rahang bawah kawan dia tu. Kawan dia mati sebab kehilangan darah dan dia pula terlepas dari hukuman sebab lari pergi ke Indonesia.  Manakala pekerja perempuan tu pula boss aku pecat lepas pekerja wanita tu mengaku yang mereka bertiga semua terlibat dengan amalan ilmu hitam.

Sejak peristiwa tu, lepas pukul 11 malam keatas  boss aku selalu ternampak kelibat pekerja dia yang mati tu kat kawasan belakang restoran ni. Sebab tu la setiap malam biasanya boss aku tak pernah tunggu dan bantu kami tutup kedai. Dia bagi arahan lepas tu dia cabut balik dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d