Rakan sekerja aku di tempat baru ni semua pelik-pelik Aku diterima bekerja di pejabat ni minggu lepas. Pada mulanya, semua macam OK, tapi selepas seminggu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan semua orang di tempat kerja baru aku ni. Pada hari pertama aku masuk kerja, aku tertumpahkan kopi panas, kopi panas tu terkena tangan aku. Tangan aku melecur. Tapi rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku walaupun aku rasa kecederaan aku agak teruk. Pada hari kedua pula, aku kena marah dengan bos sebab PC aku tak boleh hidup. Padahal itu bukan salah aku. Rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku lepas aku kena maki. Selang sehari kemudian, aku tertikam tangan aku sendiri sewaktu membasuh pisau selepas makan tengah hari di pantry pejabat aku. Rakan-rakan sekerja aku yang ada di pantry semua kertawakan aku. Padahal waktu tu kecederaan aku agak serious. Mereka seolah-olah tak peduli langsung pasal aku. Aku mengamuk sebab aku rasa rakan-rakan sekerja aku semua dah melampau dan aku seo...