Langkau ke kandungan utama

Tempat kerja baru aku yang pelik


Rakan sekerja aku di tempat baru ni semua pelik-pelik

Aku diterima bekerja di pejabat ni minggu lepas. Pada mulanya, semua macam OK, tapi selepas seminggu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan semua orang di tempat kerja baru aku ni.

Pada hari pertama aku masuk kerja, aku tertumpahkan kopi panas, kopi panas tu terkena tangan aku. Tangan aku melecur. Tapi rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku walaupun aku rasa kecederaan aku agak teruk.

Pada hari kedua pula, aku kena marah dengan bos sebab PC aku tak boleh hidup. Padahal itu bukan salah aku. Rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku lepas aku kena maki.

Selang sehari kemudian, aku tertikam tangan aku sendiri sewaktu membasuh pisau selepas makan tengah hari di pantry pejabat aku. Rakan-rakan sekerja aku yang ada di pantry semua kertawakan aku. Padahal waktu tu kecederaan aku agak serious. Mereka seolah-olah tak peduli langsung pasal aku.

Aku mengamuk sebab aku rasa rakan-rakan sekerja aku semua dah melampau dan aku seolah-olah dibuli.

------

Hari ini pula, aku rasa pejabat ni sunyi je. Aku tak sengaja terjatuhkan bekal makanan aku ke atas lantai. Tapi yang peliknya rakan-rakan sekerja aku tak gelak kan aku pula kali ni.

Malah, bila aku tanya mereka soalan berkaitan kerja pun mereka tak jawab. Semua mereka nampak fokus pada kerja masing-masing. Tak bergerak langsung.

Lepas aku selesaikan kerja-kerja aku, aku pergi jumpa bos aku untuk tanya kalau ada apa-apa lagi yang aku boleh tolong. Tapi bos aku pun senyap je hari ini. Dia cuma duduk menghadap PC dia tanpa bergerak. Semua orang nampak fokus di meja kerja masing-masing hari ni.

Jadi aku pun pergi cari sendiri kalau ada apa-apa kerja yang aku boleh tolong dan teruskan buat kerja sampai pukul 6 petang, waktu untuk balik kerja.

Ketika ini aku rasa lebih pelik. Biasanya aku lah orang paling akhir sekali punch card untuk balik. Tapi kali ni aku tengok semua orang masih lagi kat meja kerja masing-masing.

Aku bagitau mereka yang aku nak balik dulu. Tapi mereka semua hanya diam sahaja di meja kerja masing-masing. Bila mereka semua layan aku macam tu, aku cuma mampu geleng kan kepala dah terus keluar dari pejabat.

Dalam perjalanan balik, baru la aku sedar. Mungkin mereka semua senyap je hari dan tak bercakap dengan aku sebab aku mengamuk melampau sangat semalam.

Yelah, mungkin mereka tak nak bercakap sebab mereka masih marah lagi pasal aku kelar leher mereka semalam.

Harap-harap esok mereka tak marah aku lagi pasal tu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la...

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d...

Aku tinggal di rumah berhantu ketika kecil

Pengalaman rumah berhantu Pada usia 12 tahun, Aku tinggal di rumah paling teruk aku pernah tinggal sepanjang hayat aku. Aku sentiasa rasa ada sesuatu yang misteri tentang rumah tu. Ahli keluarga aku pula, aku rasa mereka macam orang gila sepanjang masa kami tinggal dirumah itu. Pada suatu hari, ibu aku dapat cuti daripada majikan dia. Semua ahli keluarga yang lain pergi ke sekolah atau bekerja pada hari itu. Waktu itu, ibu aku sedang duduk dibilik dia bila tiba-tiba dia dengar satu suara datang dari arah bilik aku. “Hey, ibu. Mari lah sini” kata suara tu. Ibu aku pun bangun untuk pergi ke bilik aku, tapi ketika dia hendak keluar dari bilik dia, dia nampak satu cahaya melintas didepan pintu bilik dia menuju kearah bilik aku. Selain itu, pernah juga berlaku satu kejadian dimana adik aku yang berusia tujuh tahun telah mengunci dirinya sendiri didalam tandas. Selepas itu, dia menghempas pintu tandas itu sambil menjerit-jerit meminta untuk dilepaskan keluar dari tandas. Kami semua cuba menc...