Langkau ke kandungan utama

Aku terselamat sebab aku belanja dia makan pizza


Sewaktu aku kecil, aku dibesarkan oleh datuk dan nenek aku. Ayah aku meninggal ketika aku baru lahir dan mak aku pula bekerja siang dan malam sebab nak tampung perbelanjaan membesarkan aku.

Kami tinggal di rumah flat tapi kebiasaannya aku tak duduk pun kat flat tu sebab aku lebih suka pergi bermalam di rumah datuk dan nenek aku.

Atuk dan nenek aku hidup sederhana sahaja. Bergantung pada duit pencen mereka yang tak banyak dan rumah mereka yang dah habis bayar. Mereka mampu hidup secara sederhana. Tapi kehidupan sederhana mereka jauh lebih mewah dari keadaan aku dan mak aku.

Atuk dan nenek tinggal dirumah teres, ada halaman boleh berlari-lari dan masakan nenek pun memang sedap berbanding makanan yang ada dirumah aku sendiri. Sebab itu lah aku biasanya lagi suka ke rumah mereka. Rumah mereka dan rumah aku pun tak jauh.

Satu lagi pekara yang aku suka tentang atuk dan nenek aku ialah resepi pizza mereka. Kalau dibandingkan dengan pizza lain, aku rasa pizza masakan nenek aku yang paling sedap.

Tak lama selepas aku dewasa dan berjaya menamatkan pengajian di kolej, aku dapat berita tentang kematian arwah nenek aku. Atuk aku pula, meninggal beberepa tahun selepas kematian nenek.

Namun, aku sempat belajar resepi pizza rahsia mereka semasa aku masih menuntut di kolej dulu.

--------

Beberapa tahun setelah pemergian atuk dan nenek, aku berkahwin dengan lelaki idaman aku. Ketika di awal perkahwinan, aku minta izin pada suami untuk berhenti kerja dan buka sebuah restoran pizzaria untuk menjual pizza yang dimasak menggunakan resepi rahsia nenek aku ni.

Suami aku kata dia setuju. Katanya, gaji dia cukup untuk menyara keluarga dan dia pernah rasa pizza yang aku buat, dia pun kata memang sedap.

“Lagi pun bukannya sayang minta duit abang, sayang buka restoran guna modal sendiri. Abang sokong je” kata suami aku lagi. Aku pun bukan main seronok lagi dan terus buat segala yang perlu untuk membuka sebuah restoran.

Aku menyewa sebuah kedai di satu kawasan yang terletak agak jauh dari kawasan pekan sebab kedai di sini sewanya lebih murah. Cuma di kawasan ini, kebanyakan kedai lain tidak berpenyewa dan tutup. Hanya ada aku dan beberapa kedai lain yang beroperasi disini.

Tapi aku tetap seronok dan bersemangat untuk membuka pizzaria dengan resepi rahsia nenek aku.

Namun, kegembiraan aku tak lama. Restoran pizzaria yang aku sangka akan mendapat sambutan hangat tu nampak gaya nya tak lah menguntungkan sangat pun. Sehari hanya dalam 10 orang pelanggan yang datang.

----------

Pada satu malam, aku mengambil keputusan untuk tutup awal disebabkan jualan aku yang sangat teruk pada hari itu. Biasanya aku boleh dapat lebih kurang 10 orang pelanggan dan 5 ke 6 orang yang bungkus pizza untuk dibawa balik, tapi hari tu aku cuma dapat 3 orang pelanggan je.

Dalam keadaan penat dan sedih tu aku mengambil keputusan untuk tutup awal je. Sekurang-kurangnya boleh la aku rehat lebih sikit malam ni. Aku pun kunci pintu restoran dan mula mengemas dan menyapu lantai. Tiba-tiba, aku dengar orang ketuk pintu kaca restoran aku.

Aku pandang ke pintu tapi tak ada orang pun. Aku pun sambung menyapu, tak lama kemudian aku dengar pintu kaca di ketuk lagi, kali ini lebih kuat. Aku segera menoleh dan aku nampak ada seorang makcik tengah berdiri diluar restoran.

Aku bukan lah nak menghina, tapi muka makcik tu memang buruk dan macam nenek kebayan. Terkejut aku tengok makcik tu dekat luar kedai aku. Dah la waktu malam macam ni, lampu jalan kat kawasan kedai aku ni pula rosak sejak dari minggu lepas, jadi kawasan ni gelap sikit diwaktu malam.

Selain wajahnya yang menakutkan. Makcik itu juga memakai baju kurung yang lusuh. Yang lebih pelik lagi. Dibahagian dada baju makcik tu, aku nampak dia memakai satu lencana kecil.

Lencana itu berbentuk bujur telur dan diatas lencana itu tercetak gambar seorang wanita muda. Gambar yang tercetak diatas lencana itu ialah gambar hitam puth zaman 60an. Aku beranggapan itu mungkin gambar makcik ni masa muda.

Tapi aku terfikir, mungkin makcik ni sebenarnya pelanggan. Dalam keadaan jualan pizza yang tak memberangsangkan macam sekarang ni, setiap pizza yang aku berjaya jual akan membantu aku untuk tampung kos operasi restoran.

Jadi aku pun buka kunci pintu, dan dengan senyuman dan nada suara paling mesra sekali aku tegur makcik tu.

“Ye Kak, ada apa-apa saya boleh tolong ke?”

“Nak, boleh tak makcik nak tumpang tandas sekejap? Hari ni macam-macam pekara dah jadi pada makcik. Sekarang ni makcik cuma nak ke tandas sekejap je” makcik tu jawab.

Alamak, bukan pelanggan pula. Rungut aku dalam hati. Tapi alang-alang aku dah buka pintu ni aku bagi jela dia masuk dan tumpang tandas kejap. Aku bawa dia ke tandas di belakang restoran  tapi ketika dalam perjalanan ke belakang aku terdengar suara budak dari arah pintu restoran tadi.

“Mak, adik tak boleh ikut ke?”

Terkejut beruk aku. Bila masa dan dari mana pula ada budak perempuan ni. Tadi tak ada pun. Restoran aku ni pintu dan dindingnya kaca sepatutnya aku boleh nampak budak ni sekali tadi, kat mana dia menyorok?

Budak perempuan tu kulitnya putih, terlalu putih seolah-olah macam anak patung hidup. Baju yang dia pakai pun nampak baru. Jauh berbeza dengan makcik ni yang mukanya buruk dan pakaiannya lusuh.

“Adik tunggu situ. Mak sekejap je ni” makcik tu cakap pada anak dia.

“Alah, adik pun lapar juga” kata budak tu.

“Adik tunggu diluar, jangan degil cakap mak” makcik ni nampak macam resah bila anak dia cakap dia lapar dan nak ikut masuk.

Ketika ini aku terfikir, agaknya makcik ni orang miskin dan tak ada duit nak belikan pizza untuk anak dia ni. Aku terus jadi sedih. Sebab aku dan mak aku dulu pun hidup dalam kemiskinan juga. Kiranya aku nampak mereka ni senasib dengan aku dan mak aku.

“Macam ni la makcik. Apa kata kalau makcik dan anak makcik masuk dulu. Saya belanja pizza” kata aku pada mereka. Aku memang niat nak sedekah je pada mereka. Kesian sebab dulu aku dan mak aku pun miskin juga.

“Ehhh...nak buat apa. Kami bukannya nak makan pizza” kata makcik tu.

Terkejut juga aku bila makcik tu menolak pelawaan aku. Sebab cara dia menolak tu macam agak kasar sikit pada aku. Tapi aku bersangka baik, mungkin makcik ni tak nak susah kan orang.

“Tak apa makcik, saya belanja”

Budak tu tersengih bila aku cakap macam tu. Ketika dia sengih tu aku nampak 2 gigi tengah budak tu bentuknya tajam. Tak macam gigi orang biasa. Tapi aku abaikan je, takkan aku nak cakap gigi anak dia tak normal pula, terasa hati la mereka nanti.

Aku sediakan mereka tempat duduk dan aku pun pergi ke dapur masakkan pizza untuk mereka.

Budak tu makan pizza yang aku buatkan untuk mereka. Berselera betul. Waktu dia makan pizza tu aku nampak dengan jelas. Memang 2 batang gigi tengah budak ni berbentuk tajam. Macam gigi taring tapi kedudukannya di bahagian tengah.

Makcik tu pula, tak sentuh langsung pizza yang aku hidangkan. Dia cuma tengok je anak dia makan dengan muka resah dan serba salah. Sekali sekala aku perasan dia tenung aku. Aku cakap pada makcik tu supaya makan je pizza tu, aku niat nak belanja dan sedekah.

Makcik tu tetap menolak dan dia cakap kat rumah dia ada makanan kalau dia tak habiskan makanan kat rumah dia malam ni nanti makanan tu semua basi.

Lepas je anak dia selesai makan, makcik tu bagitau aku yang dia nak beredar. Dia ucapkan terima kasih kepada aku.

“Terima kasih sebab bagi dia makan, tapi lain kali tak payah buka restoran sampai tengah malam macam ni. Banyak benda kita tak nak jumpa kat kawasan ni..” kata makcik tu dan terus pergi.

Bila makcik tu cakap macam tu, aku terus tengok jam.

“Laaa..dah pukul 12 malam, punya lah lama budak tu makan”

Aku pun cepat-cepat tutup restoran dan kunci kedai. Masa nak berjalan ke kereta aku, aku rasakan yang malam ni gelap sangat. Aku pandang ke atas dan aku nampak bulan dah ditutupi awan dan lampu jalan pula rosak.

Aku berjalan ke arah kereta aku dengan bantuan lampu dari telefon bimbit aku. Ketika aku menghampiri kereta aku, aku ternampak satu mahluk, terapung di atas kereta aku.

Mahluk tu memiliki wajah yang sangat cantik. Macam model dalam majalah. Cuma bezanya model dalam majalah memiliki badan yang cantik sesuai dengan wajah mereka, mahluk ni pula langsung tak ada badan. Cuma kepala dikuti dengan paru-paru dan organ dalaman terapung-apung di atas kereta aku.

Aku terkaku di tempat parking kereta tu. Aku cuba untuk lari, tapi aku tak dapat nak gerak kan seluruh badan. Aku cuma mampu berdiri tegak sahaja.

Mahluk itu kemudiannya mengilai. Aku nampak darah menitik-nitik dari mulutnya sewaktu dia ketawa, matanya terbeliak memandang aku.

Mahluk itu menyerbu kearah aku. Aku pejamkan mata aku serapat-rapatnya. Bersedia untuk menerima apa saja yang bakal berlaku kepada diri aku lepas ni.

----------

Setelah beberapa saat aku pejamkan mata, tak ada apa yang berlaku. Sebaliknya, aku rasa badan aku dah boleh bergerak. Aku bukakan mata aku perlahan-lahan. Mahluk tadi tu tidak lagi kelihatan.

Aku tak mau fikir panjang. Kemana mahluk tu hilang bukan masalah aku. Yang penting aku kena ambil peluang ini untuk lari balik kerumah. Aku masuk kedalam kereta aku dan terus pecut meninggalkan tempat parking kereta itu.

Sampai je di rumah aku nampak suami aku tengah tunggu aku di sofa di ruang tamu. Mungkin sebab risau malam ni aku balik lewat sangat. Aku terus dapatkan dia dan peluk suami aku sekuat hati aku.

Aku ceritakan pada suami aku apa yang berlaku hari ni, tentang makcik itu dan anaknya dan tentang benda yang terapung diatas kereta aku.

Suami aku dengar cerita aku dengan wajah yang berkerut dan mulut yang sedikit ternganga. Nampak sangat dia tak percaya. Malah dia suruh aku duduk di sofa sambil mengurut-ngurut bahu aku. Aku kenal sangat suami aku ni, dari tingkah laku dia, nampaknya suami aku tak percaya cerita aku dan dia fikir aku jadi macam ni sebab terlampau penat.

Ketika dia urut bahu aku, tiba-tiba suami aku bertanya.

“Sayang pakai lencana apa tu?”

Aku kehairanan. Lencana? Aku pandang ke dada aku, lalu aku nampak lencana tu. Lencana berbentuk bujur dengan gambar seorang wanita zaman silam. Sama macam yang makcik tadi tu pakai.

Keesokan harinya, aku tak buka kedai. Sebaliknya aku balik ke kampung untuk jumpa Rahimah, sepupu aku yang minat sangat pasal pekara-pekara mistik. Aku cerita semua pada dia.

Selepas mendengar cerita aku, sepupu aku tu mengangukkan kepala dia sambil membelek lencana misteri yang tiba-tiba terlekat di baju aku semalam.

Rahimah kata, makcik tu sebenarnya mungkin raksasa juga, dan dia memang berniat nak baham aku malam tu.

Tapi sebab aku belanja dia pizza, dia batalkan niat dia untuk membaham aku dan hadiahkan aku lencana misteri itu secara senyap-senyap supaya mahluk-mahluk lain yang berkeliran pada malam itu tak boleh serang aku.

TAMAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d