Langkau ke kandungan utama

Aku nampak sesuatu yang aneh dalam siaran berita


Aku dan kawan-kawan sekerja aku lepak mamak malam semalam. Walaupun tak nampak bergaya macam lepak kat cafe hipster, tapi kami tetap seronok dapat lepak ramai-ramai kat kedai mamak macam ni. Makanan dan minuman lebih murah, dan jarak mamak ni dengan rumah aku pun tak la jauh sangat.

Pada mulanya, semuanya normal sahaja. Aku dengan kawan-kawan aku duduk di meja di kaki lima kedai sebab kami memang suka meja yang open-air dan meja yang kami duduk ni pun kedudukannya membolehkan kami menonton TV dengan jelas.

Tak lama selepas makanan dan minuman yang kami order sampai, aney yang bekerja direstoran tu ambil remote TV dan menukar siaran secara berturut-turut untuk mencari siaran yang dia suka.

Setelah dua-tiga kali menukar siaran, akhirnya aney itu memilih untuk berhenti dan menonton siaran berita. Dalam siaran berita tersebut, terpapar jelas seorang wartawan sedang membuat laporan berita secara langsung mengenai kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah flat.

Pada mulanya aku taklah bagi perhatian sangat pada siaran berita tu, tapi beberapa minit kemudian baru aku perasan. Rumah flat yang terbakar dalam siaran langsung berita ni ialah rumah flat aku!

“Ya rabbi” aku terjerit sampai semua pelanggan direstoran tu pun ikut sama memandang ke arah TV  “tu flat rumah aku tu”

“Masak dho” kata salah seorang kawan sekerja aku. Ketika itu juga aku dapat dengar beberapa pelanggan lain turut berbisik sesama mereka. Aku pun tak tau nak buat apa sebab rumah flat aku sendiri tengah terbakar live dalam TV. Sekarang aku cuma harap unit flat aku terselamat.

Unit rumah aku terletak di tingkat 3, dibahagian paling hujung sekali. Dari apa yang aku nampak dalam TV tu, api sedang marak di beberapa unit rumah di tingkat 2, betul-betul dibawah unit rumah aku.

“Bro, yang tingkat atas tu rumah kau kan?” salah seorang kawan sekerja aku tegur

“Bro, aku ingat sekejap lagi dengan rumah kau sekali hangus ni. Bukan aku nak kata apa la” kawan sekerja aku tu sambung.

Aku terkedu, mata aku masih lagi melekat di kaca TV.

Tak lama kemudian, wartawan yang membuat siaran langsung berkata “Sebentar! api telah mula marak ke tingkat atas”

Masa tu kamera difokuskan kepada unit rumah aku, dan aku dapat lihat dengan jelas yang api telah mula membakar unit rumah aku.

“Nampaknya ada seseorang yang terperangkap di dalam rumah tingkat atas” kata wartawan itu sambil kamera masih lagi fokus kepada unit rumah aku.

Aku jadi pelik. Ada orang terperangkap? Tapi dalam rumah aku mana ada sesiapa? Siapa pula yang terperangkap dalam rumah aku?

Aku cuba tengok betul-betul flat dalam TV tu untuk pastikan yang flat dalam berita ni memang betul-betul flat rumah aku. Lepas aku amati, memang benarlah flat yang tengah terbakar ni flat rumah aku dan rumah yang terbakar di tingkat 3 flat ni sekarang memang rumah aku.

Yang menjadi tanda tanya ialah siapa yang terperangkap dalam rumah aku tu?

Wartawan di dalam TV mengarahkan juru kamera nya untuk zoom ke arah unit rumah aku untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas. Dan apabila kamera zoom ke unit rumah aku, aku dapat lihat kelibat seseorang didalam rumah aku melalui tingkap.

Setelah beberapa saat aku perhatkani, aku dapati yang individu yang terperangkap di dalam rumah aku itu wajahnya serupa seperti aku. Dia juga nampaknya memakai baju yang sama dengan baju yang aku tengah pakai.

Bezanya, matanya sentiasa terbeliak dan mulutnya seolah-olah sedang membaca mentera sambil berdiri tegak memandang ke luar tingkap..

Wartawan tersebut kemudian melaporkan yang pihak bomba telah sampai di tempat kejadian. Ahli bomba tersebut kemudian dapat dilihat sedang bergegas untuk menyelamatkan individu yang terperangkap di dalam rumah aku tadi.

Kamera beralih ke arah ahli bomba yang sedang bersiap untuk memasuki rumah aku untuk menyelamatkan individu tersebut. Kemudiannya kamera beralih ke arah unit rumah aku semula.

Namun, individu yang kelihatan serupa macam aku tadi itu kini tidak lagi kelihatan. Rumah aku yang terbakar kelihatan kosong. Wartawan dan ahli bomba yang baru tiba kelihatan keliru. Tapi ahli bomba tetap masuk juga ke rumah aku untuk pastikan betul-betul sama ada masih ada orang atau tidak di dalam rumah.

Semua ini dapat disaksikan secara live. Anggota bomba yang masuk ke rumah aku kemudiannya keluar semula dan melaporkan yang dia tidak jumpa sesiapa didalam rumah aku.

Kejadian misteri ini di saksikan oleh semua pelanggan restoran dan kawan-kawan aku. Mereka semua nampak kehairanan tapi tiada sesiapa pun yang bertanya apa-apa. Mereka cuma bayar makanan mereka dan pergi.

Kecuali seorang pakcik ni je yang tiba-tiba datang kepada aku sambil bertanya “kau ada belajar ilmu hitam ke?” dan berlalu pergi sebelum aku sempat menjawab tidak.

Malam tu aku call kakak aku untuk tumpang tidur dirumah dia. Bila kakak aku tanya kenapa, aku cuma jawab rumah aku terbakar je dan tak cerita apa-apa pun pasal entiti yang kelihatan dalam rumah aku ketika kebakaran tu.

Sampai sekarang aku masih lagi tak tau apa sebenarnya yang berlaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada sesuatu yang bersiul kat luar rumah aku tepat pada pukul 3 pagi setiap malam

Tiap-tiap malam, tak kira dalam apa cuaca sekalipun, ada sesuatu yang akan berjalan melintasi rumah aku sambil bersiul. Tapi aku cuma boleh dengar bunyi bersiul ni kalau aku duduk kat area ruang tamu atau dapur rumah aku. Rumah aku ni boleh dikatakan rumah paling hujung dalam kampung ni. Lepas je rumah aku ni dah jalan mati. Kalau kereta salah jalan biasanya terpaksa patah balik. Biasanya bunyi bersiul tu akan mula kedengaran dari bahagian depan ruang tamu rumah dan benda tu akan berjalan sambil melintas rumah aku hingga ke bahagian dapur. Bunyi bersiul tu akan hilang bila smpai ke jalan mati di belakang rumah aku. Masa aku kecil-kecil dulu, aku dengan kakak aku selalu juga pergi ke bahagian dapur rumah untuk curi-curi dengar bunyi bersiul ni. Mak dan ayah kami tak suka bila kami buat macam tu. Kalau ayah dapat tangkap kami cuba curi-curi dengar, ayah mesti mengamuk punya. Tapi ayah tak pernah la mengamuk lebih-lebih. Sebab walaupun kami pernah cuba curi-curi dengar, kami tak pernah la

Bunyi "BEEP" di telinga ku

Aku masih ingat dengan jelas peristiwa anak aku dirogol dan ditinggalkan di kawasan rumah sampah berhampiran kolej tempat dia belajar. Kisahnya bermula apabila aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon pada satu malam yang sunyi. Jarang aku dapat panggilan pada waktu malam, jadi apabila telefon aku berbunyi malam tu, aku tau ini bukan panggilan telefon yang biasa dan sesuatu yang akan mengubah hidup aku akan berlaku. “Encik Razak?” aku dengar suara selepas aku mengangkat panggilan tersebut. “Saya minta maaf sebab call encik Razak pada waktu macam ni. Ini berkenaan anak Encik” Aku tak dapat lupa apa yang pertugas hospital tu katakan pada aku malam tu. Hati aku bagaikan luruh bila mereka beritahu apa yang berlaku kepada anak aku. Dan kalau boleh, aku tak mahu lagi melihat riak wajah isteri aku pada malam itu apabila aku sampaikan berita ini kepada dia. Malam itu aku dan isteriku, Sofia cepat-cepat bersiap untuk ke hospital untuk melihat keadaan anak aku. Ketika dalam perjalanan, isterik

Kisah pemandu Grabcar

Pengalaman ngeri pemandu Grab Sekarang ni dah beberapa tahun aku jadi pemandu Grab. Cerita yang aku nak kongsi kali ni seram ada, sedih pun ada. Satu malam aku pergi ambil penumpang. Bila aku sampai, aku dapati ada 4 orang tengah tunggu untuk naik kereta aku. Seorang lelaki tua, mungkin dalam usia 50an manakala lagi 3 orang penumpang pula kelihatan lebih muda dalam lingkungan usia 20an macam tu. Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta aku. Salah seorang lelaki muda itu duduk di tempat duduk hadapan sebelah aku, manakala 2 lagi lelaki muda duduk bersama lelaki tua tersebut di tempat duduk belakang kereta. Aku perhatikan, dua orang budak muda yang duduk bersama dengan orang tua di belakang tu hanya membisu sahaja sepanjang perjalanan. Salah seorang dari mereka memakai sweeter dengan logo adidas yang besar dibahagian dada, manakala seorang lagi pula pakai t-shirt warna kelabu dan memakai snow cap di kepala. Sepanjang perjalanan itu, aku, budak muda yang duduk di kerusi depan dan orang tua d