Kelibat perempuan ni mula muncul dalam rumah kami pada bulan Disember tahun 1999. Aku masih ingat lagi, pada waktu tu ayah aku panggil aku datang ke dapur. Aku ingatkan ayah nak ajak aku makan malam. Tapi bila sampai ke dapur aku nampak ayah berdiri je, tak jamah makanan pun. Namun, apabila aku nampak raut muka ayah yang kelihatan panik, aku tau ada sesuatu yang tak kena. “Ayah nak kamu dengar betul-betul” kata ayah. Hati aku mula berdebar-debar apabila ayah meneruskan kata-kata dia. “Jangan tengok tempat lain, pandang ayah. Selepas ni kamu akan perasan macam ada orang lain dalam rumah kita...kamu kena abaikan perempuan tu. Buat-buat tak nampak je” Aku hampir-hampir nak ketawa dengar ayah tiba-tiba cakap macam tu. Aku yang hanya berusia 12 tahun ketika itu menyangkakan yang ayah cuba bergurau dengan aku. Sebelum aku sempat nak cakap apa-apa pada ayah, ayah berkata lagi “Dia akan berbisik pada kamu, ikut kamu dan buat macam-macam perkara untuk tarik perhatian kamu. Bukan senang nak abai...
Rakan sekerja aku di tempat baru ni semua pelik-pelik Aku diterima bekerja di pejabat ni minggu lepas. Pada mulanya, semua macam OK, tapi selepas seminggu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan semua orang di tempat kerja baru aku ni. Pada hari pertama aku masuk kerja, aku tertumpahkan kopi panas, kopi panas tu terkena tangan aku. Tangan aku melecur. Tapi rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku walaupun aku rasa kecederaan aku agak teruk. Pada hari kedua pula, aku kena marah dengan bos sebab PC aku tak boleh hidup. Padahal itu bukan salah aku. Rakan-rakan sekerja aku semua gelak kan aku lepas aku kena maki. Selang sehari kemudian, aku tertikam tangan aku sendiri sewaktu membasuh pisau selepas makan tengah hari di pantry pejabat aku. Rakan-rakan sekerja aku yang ada di pantry semua kertawakan aku. Padahal waktu tu kecederaan aku agak serious. Mereka seolah-olah tak peduli langsung pasal aku. Aku mengamuk sebab aku rasa rakan-rakan sekerja aku semua dah melampau dan aku seo...